Isnin, 15 November 2010

Motivasi Kepimpinan SMK Mantin : [Berita Bergambar]

13 November 2010, Seremban: Satu program MOTIVASI KEPIMPINAN SMK MANTIN telah diadakan bertempat di Taman Malaysia, Seremban. Program ini melibatkan pemimpin-pemimpin pelajar yang terdiri daripada Pengawas, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan juga beberapa orang pelajar Tingkatan 6. Program ini telah berlangsung selama 2 hari dan 1 malam.
.
Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh YBhg En. Kalai, Penolong Kanan hal Ehwal Murid (HEM), SMK Mantin. Di dalam sesi ucapannya beliau menasihatkan agar para pelajar sentiasa berfikiran jauh ke hadapan demi mendepani cabaran masakini yang semakin hebat. Hanya mereka yang pintar dan tabah sahaja yang mampu berjaya di dalam hidup. Cabaran masakini sesungguhnya terlalu hebat dan tidak boleh dipandang ringan oleh para pelajar.
.
Penceramah utama program ini adalah, tidak lain tidak bukan Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Meskipun hanya beliau seorang sahaja yang berceramah, beliau telah berjaya mengikat penumpuan kesemua pelajar yang hadir ke program. Menurut tinjauan yang dijalankan oleh EDITOR kesemua pelajar berasa sangat seronok melalui program ini dan berharap agar diberikan peluang untuk menghadiri program ini lagi di masa akan datang. Ketika ditanya, Sdr Syamsul tidak menolak kemungkinan akan mengadakan program ini lagi di masa akan datang.
.
"Usaha untuk melahirkan pemimpin ini, tidak boleh dibentuk dalam masa sehari dua, malahan ia memerlukan respon serta tindakbalas positif daripada pelajar, serta bersedia mempraktikan setiap apa yang diberikan melalui program ini. Saya percaya menerusi beberapa siri program pembentukan pemimpin ini, para pelajar boleh diasah menjadi pemimpin yang disegani suatu hari nanti. Asal sahaja setiap pelajar yang hadir pada program ini benar-benar yakin pada diri sendiri, serta memantapkan diri dengan kemahiran-kemahiran memimpin. Justeru, percayalah, setiap yang yakin pada diri, pasti mampu berjaya!!", ujar Syamsul.
.
Program ini telah berlangsung mulai 12 November 2010 dan berakhir pada 13 November 2010. Dengan ini pihak EDITOR mengucapkan tahniah buat SMK Mantin di atas usaha yang dijalankan dan pihak kami mengharapkan agar usaha mendidik serta membentuk pemimpin masa hadapan ini mampu direalisasikan!
.
Gambar Lokasi di mana program dilaksanakan
Suasana ketika pelajar mengikuti programGambar ketika sesi RiadhahAktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK)Di antara guru-guru pengiring yang hadir Suasana ketika bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan