Khamis, 27 Januari 2011
Ruangan Bicara Presiden : Semoga Tahun 2011 Yang Menjanjikan Kegemilangan
.
Kini kita telah memulakan Tahun Baru 2011 dengan penuh pengharapan agar tahun ini bakal menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Diam tak diam di dalam bulan Februari 2011 ini juga kita melihat akan usia kita semakin jauh meninggalkan zaman kanak-kanak kita. Bagai baru semalam kita bermain di halaman rumah, bermain-main dengan rakan seperjuangan ketika sekolah. Ada yang dah berkerjaya, ada yang dah berumah tangga.
.
Ada yang telah bergelar personaliti popular malahan ramai juga menjadi ikon idaman ramai di dalam bidang masing-masing.
.
Dalam pada itu seringkali kita melihat kepelbagaian senario silih berganti sesuai mengikut arus masa dan zaman.
.
DUNIA DEBAT
.
Dunia perdebatan juga tidak kurang hebatnya, menjalani pelbagai transformasi. Kalau dulu-dulu Debat Alam Sekitar misalnya, pernah dipertandingkan dengan format konvensional, tetapi telah diubah selaras dengan perkembangan semasa debat menjadi Debat ala-ala debat Kemerdekaan. Format yang menarik minat serta menjana idea mantap dari para peserta agar bersedia dengan fakta yang meluas.
.
Begitu juga dewasa ini dengan kemunculan debat-debat baru (yang tiada di zaman saya bersara dalam debat pada 2004) seperti debat Institut Kefahaman Islam (IKIM), Debat Integriti anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM), Debat 1 Malaysia dan banyak lagi.
.
Tahniah juga buat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipelopori oleh bekas pendebat Universiti Malaysia iaitu Sdr Ridhwan di atas keberanian beliau bersama UPNM memperkenalkan Debat Keamanan dengan Format Debat Ala-Presiden (sepertimana perdebatan Datuk Shabery Chik dengan Sdr Anwar Ibrahim) yang nyata mendapat sambutan baik daripada pendebat tanahair.
.
Saya juga selaku salah seorang hakim yang terlibat dalam sesi pengenalan di pertandingan peringkat UPNM rasa bangga dan teruja dengan format yang diperkenalkan. Ini nyata jauh lebih baik daripada pidato secara bersendirian tanpa diragukan oleh pihak lawan. Itulah di antara kebaikannya.
.
Nyata kebanyakan pendebat hari ini ramai yang telah menguasai dengan baik format ini dan sememangnya dipersetujui sebagai satu debat yang boleh diketengahkan di semua peringkat.
.
Tahniah diucapkan buat Shafiq daripada UKM yang telah berjaya menjuarai pertandingan ini buat pertama kalinya dengan menewaskan Firdaus (UM) di pentas akhir.
.
ALUMNI DEBATMALAYSIA (ADAM)
.
Pada tahun ini genaplah setahun penubuhan ADAM, dan harapan kita semua agar dapatlah kita semua bersama seterusnya menrencanakan segenap aktiviti untuk faedah bersama. Kepada semua bekas pendebat tanahair, bersamalah kita berkongsi idea dan pandangan agar boleh diketengahkan untuk faedah dan manfaat ramai. Sesungguhnya menerusi platform ini, kita berupaya menyumbang demi membantu perkembangan debat tanahair.
.
Tiada ruang untuk pilih kasih, memilih 'bulu', mahupun mencari keuntungan peribadi di dalam ADAM, malahan ia adalah untuk kebaikan semua..... Mudah-mudahan terus mendapat sokongan anda!!!
.
Semoga 2011 terus menjanjikan kegemilangan. Buat ADI kami bersedia bekerjasa dengan anda tanpa sebarang syarat. Jikalau ia benar untuk faedah dan manfaat bersama...... Kerana sedari dulu, penubuhan ADAM tidak bersifat peribadi tetapi bersifat umum demi kepentingan semua pendebat.
.
Tetapi jikalau ini masih disalahtafsirkan...... biarlah Allah sahaja yang menentukan kerana saya sebenarnya telah lama memaafkan sesiapa sahaja yang mewujudkan pertikaian dan cemuhan yang sentiasa berlaku di belakang saya tanpa berani berhadapan bertentangan mata. Kerana apa yang penting bukanlah individu tetapi kesatuan yang ingin kita tegakkan ini lebih penting dari segala apa yang bersifat peribadi.....
.
Selamat maju jaya buat semua.....
.
.
.
Syamsul Amri bin Hj Ismail
Presiden
Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan