Khamis, 28 Julai 2011

Ceramah Pembangunan Diri di Maktab PDRM Cheras

27 Julai 2011, Cheras : Satu ceramah Motivasi Pembangunan Diri telah diadakan bertempat di Maktab Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Cheras. Ceramah ini diadakan khusus buat pegawai-pegawai PDRM.

Penceramah jemputan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah menerusi dua slot iaitu Slot 1 : "Membina Konsep Kendiri Yang Positif" mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 10.30 pagi, dan juga Slot 2 : "Bagaimana Menjadi Seorang Yang Mudah Didekati" mulai jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang.

Ceramah beliau benar-benar menarik perhatian para peserta yang hadir. Berikutnya dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan ketika program ceramah tersebut berlangsung.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: