Rabu, 17 Ogos 2011

Pertandingan Pidato Kemerdekaan JPA 2011

15 Ogos 2011, Putrajaya : Satu Pertandingan Pidato Kemerdekaan JPA telah dilangsungkan di Auditorium JPA, Putrajaya. Pertandingan ini telah dijalankan dengan mempertandingkan peserta mengikut rumah-rumah. Sebanyak 5 rumah yang bertanding iaitu Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Hijau, Rumah Kuning dan Rumah Oren.

Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) telah bertindak selaku Ketua Hakim bagi pertandingan ini. Beliau dibantu oleh Hidayat Sauffi dan Azrul dimana kedua-duanya bekas pemidato JPA pada siri pertandingan yang lepas. Dato' Dr Ismail Alias, Timbalan ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah sudi hadir menyaksikan pertandingan ini dan juga turut meluangkan masa bagi menyampaikan hadiah serta cenderahati buat para pemenang serta barisan hakim yang mengadili pertandingan.

Pertandingan ini berlangsung meriah meskipun dijalankan di dalam bulan Ramadhan. Di antara peserta yang telah menyertai pertandingan ini adalah :

1. Md Ibrahim Razale (Kuning)

2. Mohd Izzudin Mashkor (Hijau)

3. Mohammad Azwan Rosli (Oren)

4. Maziah Mohd Daly (Merah)

5. Mazalan Ismail (Kuning)

6.Huzaimi Baharudin (Oren)

7. Mohd Rafizu Muda (Merah)

8. Mas Affendi Masarudin (Biru)

9. Mohammad Shairazi Azlin Melan (Biru), dan

10. Hashim Zaini (Hijau)

Pertandingan ini telah dimenangi oleh Maziah Mohd Daly, diikuti Hashim Zaini di tempat kedua dan Mohd Azwan Rosli di tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Kepada yang tewas usaha lagi di masa akan datang. Sekalung tahniah juga buat pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di atas usaha dan inisiatif murni sebagai salah satu tanda ingatan kepada sambutan Hari Kemerdekaan negara kita.


Suasana pentas pertandinganDari kiri; Hidayat, Syamsul dan Azrul yang mengadli pertandinganSuasana ketika para penonton mula mengambil tempat

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: