'Perubahan' merupakan kata yang tidak dapat dielakkan dalam dunia organisasi hari ini. Pemenang pada zaman ini mungkin kecundang pada masa hadapan sekiranya tiada perubahan atau suntikan idea baru dalam organisasi. Anak bawang di masa lampau mungkin tumbuh sebagai raksasa di masa depan andai peka terhadap persekitaran organisasi yang menuntut perubahan.
Bagi menunaikan tuntutan perubahan itu, hari ini orang mengutarakan tentang pelbagai konsep termasuklah konsep yang sepertimana yang saya dalami baru-baru ini iaitu Blue Ocean Strategy dan meninggalkan Red Ocean Strategy. Walaupun strategi ini belum diiktiraf sebagai strategi terbaik mengubah senario dunia organisasi dan perniagaan tetapi apabila beberapa organisasi besar nula mengikutinya dan Malaysia sendiri menjemput pencipta Blue Ocean Strategy iaitu Prof W Chan Kim untuk menghadiri Langkawi International Dialogue 2007 (LID 2007) pada 5 hingga 8 Ogos 2007 bagi berbincang isu global bersama-sama pemimpin dunia maka tentulah idea tersebut merupakan suatu strategi pembangunan yang tidak boleh kita pandang ringan dan pinggirkan pada abad ini.Lautan merujuk kepada pasaran ataupun industri. Tiada salahnya pun bila kita ingin mengaitkannya dengan organisasi MPN yang sedang kita huni ini. Lautan biru adalah suatu analogi yang menggambarkan potensi ruangan pasaran yang begitu besar yang belum diterokai. Manakala strategi lautan biru merupakan satu pendekatan yang sistematik untuk mencipta ruang pasaran yang tidak perlu bersaing sebaliknya menjadikan pesaing tidak relevan. Berbeza dengan lautan merah iaitu merujuk kepada satu pasaran yang didalamnya penuh dengan persaingan dari individu atau organisasi / industri yang menghasilkan perkhidmatan dan produk yang sama.
Penurunan kos dilakukan adalah dengan menghilangkan dan cuba mengurangkan faktor-faktor yang menjadi punca persaingan dalam bidang yang diterokai. Misalannya Tune Hotel di dalam industri perhotelan, Air Asia di dalam bidang penerbangan, Firefly di Australia (telefon bimbit praktikal untuk kanak-kanak) dan banyak lagi contoh-contoh lain. Menarik bukan!
Mudah-mudahan. Sekian dan Wassalam.
