Khamis, 29 September 2011

Ceramah Motivasi Pekerja di Hospital Tuanku Jaafar

21 September 2011, Seremban : Sekali lagi Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) telah dipelawa untuk menyampaikan ceramah di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Kali ini dengan tajuk "Pemantapan Prestasi, Kualiti dan Mutu Kerja". Sdr Syamsul telah menyampaikan ceramah beliau mulai jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang. Dan kemudiannya bersambung semula pada jam 2.30 petang hingga ke jam 4.30 petang.

Seperti biasa, ceramah beliau yang bersahaja serta tidak pernah kurang dengan pelbagai hikayat dan al-kisah yang diperkaitkan dengan tajuk ceramah benar-benar telah berjaya mengekalkan fokus pendengar dari mula ceramah hinggalah ke minit yang terakhir. Sdr Syamsul yang sememangnya biasa menyampaikan ceramah motivasi di pelbagai peringkat nyata tidak mempunyai masalah untuk menyampaikan ceramah dengan berkesan meskipun beliau baru sahaja pulih daripada batuk dan demam.

Bagaimanapun dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah di atas iltizam dan usaha Unit Latihan, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di atas usaha menjayakan program ilmiah seperti ini.

Berikut dikongsikan gambar-gambar di sepanjang program ini berlangsung.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: