Rabu, 12 Oktober 2011

Ceramah "Cari Bahagia Elak Derita" di Dewan MPKj

12 Oktober 2011, Kajang : Satu siri ceramah Motivasi Kekeluargaan telah diadakan bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Program ini merupakan program anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor. Program ini berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 1.00 petang. Program dimulakan dengan Ceramah berkaitan Undang-Undang Keluarga Islam yang mana telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Mohd Adib. Ceramah disampaikan mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.30 pagi.

Slot seterusnya bersambung dengan ceramah "Cari Bahagia Elak Derita". Ceramah yang telah menggamatkan suasana Dewan MPKj ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ceramah beliau yang mencuit hati para peserta telah berlangsung mulai jam 10.30 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari.

Sebaik sahaja selesai ceramah disampaikan, giliran Kementerian Perdagangan & Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) menyampaikan taklimat selama setengah jam berkaitan hal-ehwal kepenggunaan. Taklimat tersebut berakhir pada jam 1.00 petang.

Paling menarik perhatian adalah slot ceramah "Cari Bahagia Elak Derita" yang disampaikan oleh Sdr Syamsul yang benar-benar telah membuatkan para peserta tidak kering gusi. EDITOR tidak melepaskan peluang untuk berkongsi dengan anda semua selaku pengikut setia blog ini untuk sama-sama menyaksikan reaksi serta gambar-gambar peserta di sepanjang ceramah ini berlangsung.

EDITOR juga dengan ini mengucapkan tahniah buat PAID Hulu Langat di atas usaha gigih di dalam menjayakan program murni ini demi merangsang perkembangan serta pertumbuhan keluarga bahagia khususnya buat pasangan beragama Islam.

Berikut marilah bersama kita saksikan gambar-gambar semasa program tersebut berlangsung. Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: