Khamis, 9 Januari 2014

Ceramah Motivasi "Pengurusan Masa" di MPSJ

8 Januari 2014, Subang : Satu program ceramah motivasi pekerja telah diadakan khusus buat para pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Program ini telah diadakan bertempat di Kompleks 3C, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Program ini telah diselaraskan oleh pihak High Step Consultant yang diterajui oleh Ustaz Elyas (Astro Oasis).

Di antara penceramah yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pengurusan Masa & Menjadi Manusia Efektif".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: