Khamis, 3 Julai 2014

Ceramah Motivasi "Kepimpinan & Komunikasi Organisasi" Mahkamah KL

4 Julai 2014, Kuala Lumpur : Satu Program Ceramah Motivasi Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah diadakan khusus buat para pegawai dan kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur. Program ini telah diadakan bertempat di Bilik Taklimat Tingkat 7, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Program ceramah ini berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 4.30 petang.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Kepimpinan dan Komunikasi Organisasi". Turut hadir sama ke program ini, YBhg Puan Al-Baishah binti Hj Abdul Manan, Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: