Isnin, 18 Ogos 2014

Mesyuarat Agong Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban 2014

17 Ogos 2014, Seremban : Mesyuarat Agong Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban bagi tahun 2014 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Theatrette, Wisma Negeri, Seremban. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Abu Ubaidah bin Hj Mohd Redza, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Ketua Bahagian UMNO Bahagian Seremban.

Mesyuarat ini telah berlangsung mulai jam 2.00 petang hingga ke jam 6.00 petang. Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail yang juga merupakan Ketua Penerangan, Pergerakan pemuda UMNO Bahagian Seremban telah turut sama mengambil bahagian di dalam membentangkan usul agar tindakan tegas kepada mereka yang terlibat membangkitkan isu perkauman serta sensitiviti, khususnya yang melibatkan agama Islam.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang mesyuarat tersebut berlangsung.



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: