Rabu, 14 Oktober 2015

Ceramah Maal Hijrah 1437H di Masjid Kampung Saga, Ayer Paabas, Melaka


14 Oktober 2015, Alor Gajah : Satu Program Ceramah Maal Hijrah 1437H telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Kampung Saga, Ayer Paabas, Alor Gajah, Melaka. Program ini berlangsung mulai selepas Solat Maghrib. Turut hadir sama ke Program ini adalah YB Datuk Latifah Omar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Melaka merangkap ADUN Taboh Naning.

Penceramah yang telah diundang ke Program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Perpaduan Nadi Transformasi Negara". 

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: