Ahad, 11 Januari 2009

Bingkisan Dari KualaTerengganu - P036 - 11/01/2009

Pilihanraya Kecil
Parlimen 036
Kuala Terengganu
Januari 2009



11 Januari 2009 (Kuala Terengganu) - Alhamdulillah,semalam selesai satu harilagi saya berada di Kuala Terengganu. Ada pun, suasana pilihanraya di Kuala Terengganu masih kekal tenang. Jika tidak disebabkan oleh poster-poster dan kain rentang pasti ramaiyang tidak menyangka bahawa di sini bakal berlangsungnya pilihanraya kecil Parlimen tidak sampai beberapahari lagi. Suasana di sini sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan suasana pilihanraya di Permatang Pauh.Saya seperti biasa menjalani hidup beberapa hari ini di Kuala Terengganu sebagai salah seorang Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia yang dinaungi oleh Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib (Pengerusi Biro Penerangan UMNO Malaysia).

Tidak banyak yang berlaku pada hari ini yang dapat dilaporkan,cuma menerusi tinjauan saya terhadap pengundi-pengundi rata-rata heboh memperkatakan tentang siapa yang bakal menang? Jika saya ditanya tentang soalan ini,saya sendiri tidak memastikan apakah jawapan yang tepat memandangkan kerusi ini sentiasa memperlihatkan pertempuran sengit,dan melibatkan majoriti yang tidaklah setinggi mana.

Sepertimana biasa saya mendapat panggilan dari bilik gerakan bahawa saya ditugaskan untuk berceramah di Wakaf Beruas di DUN Wakaf Mempelam pada malam ini dan digandingkan bersama Ustaz Kamal Saidin iaitu 'pair' saya ketika di pilihanraya di DUN Batu Talam awal tahun 2007 yang lalu. Ustaz Kamal kini dilantik menjadi Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Terengganu.

Tepat jam 9.00 malam saya memulakan ceramah di sana diikuti dengan Ustaz Kamal Saidin selaku penggulung acara. Antara lain isu yang saya sentuh adalah berkaitan; isu dakwaan mengundi PAS dapat pahala, Isu janji-janji Pakatan Rakyat (PR) yang masih belum terlaksana hingga ke hari ini. Saya juga turut mengulas lanjut kenyataan TPM berkenaan betapa negara kita sejak dahulu lagi sememangnya menggambarkan imej sebagai sebuah negara kebajikan tanpa perlu di canang-canang oleh PR. Saya juga menyentuh isu kereta Camry baru yang telah dibeli oleh Kerajaan Perak dan Selangor yang diterajui oleh PR. Dan akhirnya saya turut membuat perbandingan di antara Calon BN iaitu Dato Wan Ahmad Farid dengan Calon PAS, Ustaz Abdul Wahid Endut. Selesai saya berceramah, saya sempat ke Peti Undi Gong Kapas kerana menemani Saudara Ezam Mohd Nor yang berceramah di sana. Ceramah beliau benar-benar menjadi tumpuan selepas isu "6 kotak" dibangkitkan baru-baru ini. Ceramah beliau dihadiri ribuan pendengar termasuklah yang berbangsa Cina mahupun India.
Ezam menjelaskan bahawa beliau tidak pun menyimpan kotak sebagaimana yang didakwa,tetapi mengakui bahawa ada melihatnya dan sempat meneliti isikandungan di dalam kotak tersebut. Malahan beliau turut menceritakan tentang insiden 8 September 1998 di mana beliau telah menerima sepucuk surat untuk diserahkan kepada Dr Mahathir. Surat tersebut akan memperlihatkan kepada semua siapa Anwar yang sebenar serta akan tahu betapa 'hipokritnya' Anwar. "Tetapi,saya tidak berhasrat untuk mendedahkannya buat masa ini, malah saya nak tunggu saudara Anwar sendiri mencabar saya, dan janji saya selewat-lewatnya Sabtu ini saya akan dedahkan kesemuanya", ujar Ezam.

Mendengarkan ceramah saudara Ezam membuatkan ramai pengundi mula tertanya-tanya apa sebenarnya isikandungan "6 kotak" sebagaimana didakwa,dan apakah sebenarnya isikandungan surat Anwar untuk Dr Mahathir itu? Apa pun saya melihat mungkin ini sebagai satu petanda,
bahang Pilihanraya sudah mula menghangatkan suasana di sini.


Disediakan oleh :
Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail

Penceramah Biro Penerangan

UMNO Malaysia

Sabtu, 10 Januari 2009

Bingkisan Dari Kuala Terengganu - P036 - 10/01/2009

10 Disember 2009 (Kuala Terengganu) - Satu lagi ceramah telah diadakan pada malam tadi sebagai satu lagi usaha memancing undi rakyat sebelum tibanya hari pengundian pada 17 Januari nanti. Pada malam tadi, salah satu daripada ceramah yang diaturkan adalah ceramah yang berlangsung di Peti Undi Pulau Rusa di Wakaf Mempelam. Ceramah telah disampaikan oleh Bekas Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Idris Jusoh. Dato Seri Idris menyatakan bahawa PAS terbukti sebagai sebuah Parti yang hanya mampu bercakap sahaja tetapi tidak tahu melaksanakan apa yang telah diperkatakan.

Oleh yang demikian beliau turut mengajak kesemua rakyat di sini agar turut serta di dalam perhimpunan "Masihkah Kau Ingat" yang akan dilangsungkan di Chabang Tiga di mana perhimpunan ini akan menghimpunkan lebih 1,000 orang bekas ahli PAS yang menyertai UMNO serta mereka ini akan meluahkan bagaimana rasa tidak puas hati mereka di sepanjang mereka berada di dalam PAS. "Di dalam perhimpunan ini kita akan mendengar sendiri serta tahu tembelang Parti Pembangkang yang sebenarnya". "Pelbagai sumbangan yang telah diberikan oleh Kerajaan yang mana sama sekali tidak pernah dapat dinafikan oleh Parti pembangkang. Kita telah menganjurkan Pertandingan Tilawah Al-Qur'an Antarabangsa, kita juga telah berjaya menyempurnakan projek Lapangan Terbang Antarabangsa yang akhirnya memberi kemudahan kepada rakyat keseluruhannya."


Dato Seri Idris turut menyatakan betapa Calon BN memiliki kelebihan peribadi yang cukup ketara baik dari segi pengalaman, latarbelakang pendidikan mahupun kapasiti untuk melaksanakan pembangunan di dalam kawasan Parlimen ini.
Kemudiannya ceramah ini telah disambung oleh Saudara Syamsul Amri (Penceramah Penerangan UMNO). Saudara Syamsul menyatakan bahawa perjuangan UMNO di dalam membahagiakan rakyat ini tidak pernah berakhir. Malahan ia sentiasa menjadi agenda utama perjuangan Parti dan Kerajaan bagi memastikan rakyat terus selesa, aman dan makmur di bawah naungan Parti Kerajaan Barisan Nasional. "Saya benar-benar berharap agar rakyat tidak terperangkap dengan fitnah serta dakyah parti Pembangkang yang seringkali mencari sebab serta kesalahan kerajaan tanpa pernah mempertimbangkan jasa dan sumbangan kerajaan semenjak sekian lama. Mengambilkira sumbangan serta jasa Kerajaan Barisan Nasional, tidak dapat dinafikan bahawa Barisan Nasional adalah jawapan kepada kelangsungan pembangunan di Kuala Terengganu serta seluruh rakyat Malaysia."

Ceramah yang berlangsung mulai jam 9.00 malam ini telah berakhir pada jam 11.00 malam.


Berita oleh - Bilik Gerakan Penerangan UMNO Malaysia.

Bingkisan Dari Kuala Terengganu - P036 - 09/01/2009

9 Januari 2009 (Kuala Terengganu) - Pada malam tadi berlangsungnya satu ceramah Pilihanraya di Peti Undi Pulau Kambing, di Kg Hiliran Jejawi. Di antara penceramah yang hadir adalah Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Senator Dato Abdul Rahman Bakar, Dato Mohd Nasir ( Ahli Parlimen Kuala Nerus), serta Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail (Penceramah Penerangan UMNO Malaysia). Ceramah malam tadi dimulakan dengan ucaptama oleh Tan Sri Muhammad yang juga merupakan Pengerusi Biro Penerangan UMNO Malaysia.

Antara lain beliau membicarakan betapa rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana kita berada di dalam nikmat kemakmuran dan keamanan, dan tidak menghadapi tempoh sukar sepertimana rakyat di Palestin yang menderita akibat kekejaman Rejim Israel. "Umat Islam dibedil, dibom tanpa perasaan perikemanusiaan. Di Malaysia ini, nikmat yang dikurniakan Allah ini tidak lain tidak bukan merupakan satu anugerah Allah yang diusahakan dan dinaungi oleh pemerintahan Barisan Nasional sejak sekian lama." beliau juga menyatakan kekesalan beliau ekoran tuduhan Parti Pembangkang daripada PAS yang melabelkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai Israel.

Beliau menyangkal sama sekali tuduhan ini. "Mana mungkin kita disamakan dengan Israel sedangkan kita meletakkan agenda Perpaduan Nasional sebagai perkara utama. Kita juga mementingkan pendidikan diperingkat anak-anak muda agar generasi muda kita tidak ketinggalan di dalam mengejar cita-cita di menara gading. Negeri Terengganu diisytiharkan sebagai negeri yang mencapai prestasi terbaik selama 8 tahun berturut-turut yang menggambarkan betapa kerajaan tidak pernah meminggirkan rakyat Negeri Terengganu termasuklah di dalam aspek pendidikan". Tambah beliau.

Kemudian, Dato Abdul Rahman Bakar pula menambah, "Alangkah ruginya rakyat Kuala Terengganu jika memilih Abdul Wahid Endut (calon PAS) yang juga merupakan ADUN Wakaf Mempelam, kerana sejak beliau menduduki DUN ini tidak ada sumbangan yang benar-benar ditunjukkan kepada rakyat. Dan apatah lagi jika beliau menduduki kerusi Parlimen, pasti kita juga tidak dapat melihat signifikan kalaupun dia dipilih. Oleh yang demikian wajarlah kiranya Calon BN dipilih dengan kredibiliti beliau yang terbukti tambahan lagi beliau mnasih muda."


Dato Nasir kemudiannya menyatakan, "Apalah gunanya memilih calon PAS, apabila kita telah menyedari nanti apabila Ahli Parlimen tersebut memberi alasan yang beliau tiada peruntukan lah, tiada sokongan kerajaan pusatlah, apa gunanya. Kerana inilah alasan yang seringkali digunakan oleh wakil rakyat pembangkang untuk mengelak daripada tanggungjawab. Oleh yang demikian, Dato Wan Ahmad Farid (Calon BN) adalah calon terbaik!".

Ceramah tersebut diakhiri dengan ceramah penutup oleh Penceramah Penerangan UMNO Malaysia, Saudara Syamsul Amri. Beliau menyatakan,"Walau apa pun alasan diberi pilihanraya Kuala Terengganu ini tidak akan mengubah hakikat bahawa Pakatan Rakyat masih lagi gagal memberikan impak sebagaimana yang mereka sering janjikan. Lihatlah di Perak, janji mereka yang tidak mahu membeli kenderaan mewah dan hanya ingin menggunakan kenderaan kerajaan negeri sedia ada akhirnya memungkiri janji dengan membeli beberapa buah Kereta Camry untuk digunakan bagi kegunaan Exco dan Pemimpin-Pemimpin PR di Perak. Cukup jelas di hadapan mata kita yang mereka gagal memenuhi janji yang mereka war-war kan sendiri. Demikian juga tindakan menghalau anak-anak yang belajar di kelas KEMAS juga, amat menjengkelkan dan tidak boleh diterima. Kenapa anak-anak ini dijadikan mangsa dan dendam mereka kepada Kerajaan. Maka seandainya rakyat memilih calon PAS maka bererti rakyat telah membazirkan undi mereka." Beliau turut menambah betapa Kerajaan barisan Nasional tidak sama sekali meminggirkan kepentingan rakyat apabila mengumumkan peruntukan 500 juta yang diberikan oleh Kerajaan Pusat bagi tujuan pembinaan 17,000 buah rumah untuk rakyat yang miskin tegar. Ini menggambarkan keikhlasan Kerajaan yang memerintah negara ini tidak perlu dipersoalkan sama sekali.

Ceramah tersebut dihadiri kira-kira 200 orang dan berakhir tepat jam 12.00 tengah malam. Pilihanraya p036 ini bakal berlangsung pada 17 Januari 2009 dan bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara Calon BN, Calon PAS dan calon Bebas.
Berita oleh - Bilik Gerakan UMNO Malaysia Kuala Terengganu

Selasa, 6 Januari 2009

Sime Darby batal ambil alih IJN - Berita


KUALA LUMPUR 6 Jan. - Sime Darby Bhd. (Sime Darby), sebuah konglomerat tempatan yang sebelum ini berhasrat mengambil alih Institut Jantung Negara (IJN) sehingga menimbulkan bantahan ramai, hari ini memutuskan untuk tidak melaksanakan cadangan itu.

Syarikat milik kerajaan itu dalam kenyataannya di sini berkata, pihaknya telah mencapai satu persefahaman selepas mengambil kira sentimen orang ramai dan juga maklum balas yang diterimanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan penangguhan terhadap rancangan Sime Darby untuk memulakan perundingan dengan Menteri Kewangan Diperbadankan bagi membeli 51 peratus kepentingan dalam IJN.

IJN diurus oleh IJN Holdings Sdn. Bhd., dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dalam kenyataan yang sama berkata, pihaknya menghormati kehendak rakyat negara ini supaya IJN kekal dalam bentuk yang sedia ada.

Beliau berkata, ''Kami percaya pelaburan berterusan dalam penjagaan kardiovaskular penting kerana ia adalah punca utama pesakit dimasukkan ke hospital dan menjadi salah satu punca utama kematian di Malaysia.

''Perkongsian dengan IJN sekiranya terlaksana akan menguntungkan kami, IJN, pemegang kepentingan dan juga orang ramai, dan bersandarkan hakikat itu kami telah mengemukakan cadangan pembelian ekuiti itu kepada kerajaan.

''Tetapi, kami sebagai sebuah syarikat yang mana pemegang sahamnya mewakili lebih 10 juta rakyat negara ini, menghormati hasrat mereka supaya (status) IJN dikekalkan seperti mana adanya,'' kata beliau lagi.

Sime Darby menjelaskan, pada Ogos lalu, pihaknya telah memaklumkan kepada kerajaan tentang hasratnya memiliki kepentingan IJN kerana melihat kepada faedah meluaskan skop dan skala operasi Sime Darby Healthcare, sebuah cabang operasi penjagaan kesihatan Sime Darby dan IJN.

Jelasnya, semasa memajukan cadangan itu, Sime Darby menyedari peranan IJN dalam menyediakan rawatan perubatan yang cemerlang pada harga berpatutan, terutama kepada golongan pesara, berpendapatan rendah dan miskin.

Katanya, cadangan pemilikan IJN adalah memastikan rakyat tidak dipinggirkan daripada menerima rawatan kesihatan berkelas dunia dan juga menjamin mereka yang berkenaan termasuk juga golongan pendapatan rendah dan sederhana terus menikmati perkhidmatan seperti mana sebelumnya tanpa ada perubahan.

Berdasarkan cadangan dan jaminan itu, kerajaan memberikan 'lampu hijau' kepada Sime Darby untuk melaksanakan kajian berhemat ke atas IJN dan menyediakan pelan perniagaan bersepadu yang perlu diperakui lebih dahulu oleh Kementerian Kewangan sebelum Sime Darby dibenarkan menguasai kepentingan berkenaan.

Ahmad Zubir kekal optimis dengan prospek sektor penjagaan kesihatan dan akan terus mencari peluang untuk mengembangkan sektor berkenaan, sekali gus menjadikan Sime Darby sebagai penyedia penjagaan kesihatan standard di rantau ini.

Gergasi Merah Terus Garang - Oleh K-Cheng

Pemain Selangor, R. Surendren (kanan) cuba mengelak asakan pertahanan Perak, Chun Keng Hong pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi. Selangor menang 3-1.

SHAH ALAM - Selangor meneruskan rentak cemerlang dalam saingan bola sepak Liga Super untuk menyusuli langkah kanan musim 2009 ketika menjulang Piala Sultan Ahmad Shah, Sabtu lalu apabila menewaskan Perak 3-1 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Safee Sali, Amirulhadi Zainal dan Nasriq Baharom memastikan tiga mata dalam genggaman Gergasi Merah dengan gol pada minit ke-30, 62 dan 85 biarpun mereka tersentak awal dengan jaringan pendahuluan Seladang menerusi Razali Umar Kandasamy (m-28).

Babak pertama menyaksikan Selangor yang menyerap asakan bertali arus pelawat pada awalnya, beroleh satu peluang keemasan untuk membuka tirai gol daripada gerakan sebelah kanan oleh sayap muda skuad negara, Amirulhadi Zainal pada minit ke-26.

Bagaimanapun umpanan lambung Amirulhadi gagal disambut kemas Amri Yahyah dan Zameer Zainun.

Perak tiba-tiba merentap semangat tuan rumah dan kira-kira 10,000 penyokong Merah Kuning apabila rembatan kencang Razali Umar sejauh 20 meter dari luar petak penalti melampaui bekas rakan sepasukannya musim lalu - penjaga gol, Hamsani Ahmad untuk gol pertama pada minit ke-28.

Tidak sampai pun dua minit kemudian, Gergasi Merah bingkas mengamuk lalu menyamakan kedudukan menerusi penyerang utama negara, Safee Sali yang menguis masuk setelah menyudahkan tolakan terus ketua pasukan, Amri.

Giliran Selangor mendahului 2-1 tiba pada minit ke-62 menerusi rembatan kaki kiri dari jarak dekat oleh Amirulhadi yang tidak begitu kuat tetapi masih dapat meluluskan bola daripada tangkapan Megat Amir.

Minit ke-67 menyaksikan kegarangan Safee untuk terus menghukum Perak dengan rembatan cungkilnya sudah pun menewaskan Megat tetapi terkena tiang gol kiri lawan.

Perak pula tidak berputus asa untuk cuba mengikat tuan rumah malah mereka nyaris beroleh gol penyamaan jika sepakan bebas oleh pemain gantian, Arsyah Ayob pada minit ke-80 tidak mengenai tiang tanpa dapat diselamatkan Hamsani.

Selangor yang tidak merelakan kemenangan tercicir daripada genggaman mengukuhkan kedudukan menerusi gol ketiga bek tengah, Nasriq Baharom pada minit ke-85 setelah menanduk sepakan bebas jauh oleh D. Surendran dari sebelah kanan.

Dalam pada itu, juara bertahan Liga Super, Kedah pula terus merana selepas dibelasah Negeri Sembilan 0-3 dalam perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Kemenangan menerusi jaringan sumbangan Shukor Adan (m-33), Zaquan Adha Razak (m-39) dan K. Thanaraj (m-59) itu membolehkan Negeri Sembilan mengekori rapat Selangor.

Di Stadium Utama Negeri Kangar, Perlis turut mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas bangkit daripada ketinggalan sebelum menang ke atas Pahang 3-2 hasil hatrik pemain Perlis, Nizaruddin Yusof (m-40, 45, 87) manakala Mohd. Azamuddin Md. Akil (m-9, 24) mengurangkan jurang gol.

Kelantan pula mengejutkan UPB-MyTeam 4-2 pada perlawanan di Stadium Petaling Jaya untuk mencatat kemenangan sulung mereka musim ini selepas perlawanan dengan KL PLUS Sabtu lalu tertangguh akibat hujan.

KL Plus juga menang 2-1 ke atas Terengganu pada perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras.

Begitu juga dengan Kuala Muda Naza yang menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 1-0 di Stadium Darul Aman Alor Star.

Hanya satu keputusan seri dicatat semalam membabitkan perlawanan Johor FC dan Pulau Pinang yang terikat 2-2 di Stadium JCorp Pasir Gudang.


Disediakan oleh : K-Cheng (Kamarozaman Yaacob)

Khamis, 1 Januari 2009

Pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu (P36) - Cabaran Buat Najib

Tidak lama lagi akan bermulalah kempen pilihanraya dan seterusnya proses pilihanraya yang akan di adakan di Parlimen Kuala Terengganu.

SEBAIK sahaja mendapat pencalonan secara mutlak sebagai Presiden UMNO Najib akan berdepan dengan satu cabaran getir. P 36 Kuala Terengganu akan menjadi satu garis pengukur bukan sahaja untuk UMNO tetapi untuk Najib yang akan mengemudi UMNO. Ini bukan satu pilihan raya yang biasa. Ini satu pilihan raya yang akan menjadi garis pengukur kepada UMNO sama ada perubahan kepimpinan dari Pak Lah kepada Najib sungguhpun tidak secara rasmi dapat di terima sebagai satu perubahan ke arah memantapkan lagi sokongan terhadap UMNO atau sebenarnya UMNO dalam keadaan kritikal.

Adakah peralihan kuasa ini akan mempengaruhi keputusan pilihan raya P 36 Kuala Terengganu? Adakah Najib dapat menunjukkan bahawa saat perubahan yang akan berlaku tidak lama lagi merupakan saat yang menunjukkan UMNO sudah pulih dari tsunami 8hb Mac 2008 ,pilihan raya yang menyaksikan UMNO dan Barisan Nasional hilang 2/3 majoriti.

Sudah banyak yang diperkatakan mengenai UMNO. Ada yang mengatakan bahawa UMNO sudah hilang Populariti dan tidak lagi menjadi wadah perjuangan orang Melayu, rakyat Malaysia telah menolak Barisan Nasional dan UMNO serta golongan muda telah berpaling dari UMNO, merupakan asas kepada rumusan kekalahan BN dalam PRU 12 lepas. Adakah ini dapat dipulihkan kembali oleh Najib dalam berdepan dengan pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini.

PAS dan Pakatan Rakyat sedang dalam keadaan moral yang tinggi. Mereka sekarang berkeyakinan dalam berdepan dengan UMNO setelah menawan 5 negeri pada PRU 12. Setelah itu PKR menang bergaya di pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Ketua UMUM PKR telah sampai ke Parlimen. Moral mereka tinggi dan mereka telah menggunakan semua saluran media alternatif untuk memanipulasi kedudukan mereka sebagai terlalu hampir untuk membentuk kerajaan. Pilihan raya Kuala Terengganu adalah medan mereka untuk membuktikan perkara itu.

Bagi UMNO inilah peluang untuk menunjukkan bahawa mereka sudah kembali setelah pengumuman peralihan kuasa dan Najib menjadi peneraju UMNO. Najib hari ini harus membuktikan perkara itu – Najib harus membuktikan bahawa UMNO sudah kembali pada trek yang tepat. UMNO mesti menang dengan majoriti yang besar. UMNO mesti di bawah kepimpinan Najib mengubah majoriti kemenangan, harus mendapat majoriti yang lebih lesar,lebih dari hanya 600 lebih untuk membuktikan kekuatan mereka sudah ada. Andai tidak maka rumusan akan kembali kepada sedia kala dan UMNO semakin akan dikira tersisih dan semakin jauh di hati rakyat.

Bagi Najib, ini adalah peluang untuk beliau membuktikan bahawa kehadiran beliau akan membawa perubahan kepada kedudukan UMNO. Ramai akan melihat P36 Kuala Terengganu sebagai satu petunjuk kepada kehadiran Najib sebagai kepimpinan UMNO.

Inilah masa untuk Najib melakukan perubahan, menunjukkan kehadiran dan menjadi pengukur kepada kehadiran Najib.

Oleh - usop.com.my ( Md. Yusof bin Alias )

IJN Privatisation - From The View of Dr M

1. I have always been for privatisation. In fact privatisation started during my time. People know all about the Government companies, departments and functions which were privatised. Some were successful, some were not. But I don't think people know about privatisation proposals which had been rejected. I know about them because the proposals were studied carefully before they were rejected. There were reasons of course but there was no necessity to make public the rejections or the reasons.

2. With regard to the Institut Jantung Negara, I must say I have a personal attachment to it. I don't think I need to explain why. The IJN is really the institution that is physically closest to my heart.

3. IJN is a unique institution. It started as a Government department but the Government felt that it was unfair to
put the staff on Government pay scheme. So it was corporatised. As a corporate body it has been successful in giving the people good service. It is one institution that has not been subjected to criticisms and vilifications by the press or the public as most other institutions have been. We often hear of its many "firsts" and we are proud of them.

4. The doctors and nurses are very well trained and efficient. During the 50 days I was hospitalised there I never heard them complain about their salary or how they have been treated. They seem to me to be a happy lot. They are not mercenary, thinking only of their pay. I think they love their work; they love to see their patients recover and go back to normal, especially their transplant patients.

5. The service they provide is excellent. People usually complain about their personal grouses to me. But not a single patient, rich or poor that I have met has voiced complaints to me or to the people I know about their bad experience with IJN.

6. Maybe I am biased because I owe my life to IJN. But I think as a corporatised institution the IJN has done extremely well.

7. If it is going to give the same service to civil servants and pensioners the Government will have to pay out the same amount of money after privatisation. How does the Government gain? Besides if the poor are going to be charged the same low fees and charges how does Sime Darby make money? Or will the Government continue to subsidise an ever growing bill for treatment of the poor? If so why is there a need to privatise? How does Sime Darby, a business entity make money when 80 per cent of the patients are poor?

8. Some of the major surgeries performed there are so costly that the IJN lost money on them. Will Sime Darby shoulder these losses?

9. There are far too many questions about this privatisation which need to be answered. Some I think cannot be answered.

10. I seldom oppose privatisation but this is one instant when I feel privatisation is the wrong thing to do.

11. Leave this institution as it is. It is our pride and it is doing a good job as it is.

12. The Barisan Nasional Government is not too popular today. Why do something that may give the opposition another issue to belabour the Government.

Dipetik Dari : http://www.chedet.cc./

Tiada "Awang Import": Apa Masalah Kita? - Oleh K-Cheng

Secara rasminya, musim depan liga Malaysia tidak lagi dihiasi awang-awang import. Tidak ada lagi wajah-wajah negro atau mat salleh di pentas liga. Keputusan FAM telah muktamad, pemain import dihapuskan dan peluang pemain tempatan diberi sepenuhnya untuk menjayakan liga Malaysia. Banyak alasan yang diberi FAM untuk mewajarkan tidakkan ini, antaranya, untuk memberi peluang anak-anak Malaysia bermain dalam kancah pertarungan profosional sekaligus boleh memantapkan skuad kebangsaan. Antara alasan lagi ialah membeli pemain import yang menelan kos yang tinggi, tetapi tiada hasil yang memberangsangkan diperolehi setakat ini. Buktinya, Malaysia terus ketingalan di arena bola dunia, merudum ke dasar carta FIFA.. Walauapa pun alasan FAM, masih ada suara-suara yang menentang tindakan ini.

Di sini, mari kita melihat apakah wajar tidakan FAM itu? Adakah dengan menghapuskan pemain import, pemain-pemain kita akan bermain lebih baik dan Liga Malaysia lebih berkualiti? Saya rasa, budak kecik pun boleh tahu jawapannya. Dengan mempunyai dua tiga kerat pemain import kita masih gagal, apatah lagi jika tidak ada langsung. Harus diingat, dari zaman liga semi pro sampai ke liga pro, FAM telah banyak pengalaman, mengapa tidak mahu belajar dari pengalaman? Pernah satu ketika pemain import diharamkan dan kemudian diadakan semula. Mengapakah pendirian seperti tidak stabil ini ada pada minda FAM? Tidakkah FAM tahu apakah akibatnya jika pemain-pemain import diharamkan. Apakan akan jadi pada populariti Liga Malaysia dan juga yang lebih penting, apa akan jadi pada mutu bolasepak Malaysia?

Persoalan yang perlu kita dan FAM teliti iaitu mengapakah kita perlukan pemain import? Bolehkan FAM menjawab soalan ini. Tentulah boleh, tetapi mungkin jawapannya salah, sebab itu semua pemain import mereka cantas!!!

Mari kita jawab soalan ini dari sudut yang lebih kritis, berani dan bersemangat untuk berubah. FAM bukan saja perlukan wang, tetapi juga perlukan keberanian untuk berubah. Jika kita lihat liga-liga di dunia ini, tiada liga utama yang tidak mempunyai pemain import. Tidak payah kita pergi jauh-jauh, kita negara dikeliling kita, dipenuhi dengan awang-awang import. Adakah mereka bodoh kerana mengambil pemain import? Kelab England, Chelsea misalnya pemain-pemain utama dibarisi hampir 100% permain import, mengapakah FA England membenarkan mereka buat begitu? Jawapannya ialah untuk kualiti Liga, untuk duit dan untuk pembangunan teknologi bolasepak untuk negara England sendiri.
Sememangnya, kebanyakan negara-negara Eropah, meraka sentiasa berusaha kearah KUALITI Liga, kekayaan Liga dan pembangunan teknologi bolasepak negara masing-masing.

Mengapa FAM tidak berani untuk berusaha seperti mereka? Jika kita dilihat, rata-rata negara yang membuka pintu untuk pemain-pemain import mempunyai mutu permainan bolasepak yang tinggi dari segi taktikal dan minda pemain-pemainnya. Bahkan England, antara pasukan paling kuat di Eropah, walaupaun gagal ke Euro 2008, mempunyai mutu permainan bolasepak yang jauh lebih tinggi berbanding negara-negara Asia yang lain seperti kita. Mereka memiliki ramai bintang bertaraf dunia seperi Ashely Cole, Stevan Gerrad, Wayne Rooney dan berpuluh-puluh orang lagi. Cuba kita ambil pasukan utama England lawan pasukan kebangsaan, saya rasa tak ada kaki judi yang sanggup bertaruh untuk kemenangan Malaysia.

Jadi disini, timbul persoalan, bagaimana mana pemain-pemain import boleh membantu meningkatkan mutu bolasepak sesebuah negara itu?benarkah dengan adanya pemain import, maka p emain-pemain tempatan akan bertaraf dunia?

Jawapannya ialah 'YA'

Hujahnya ialah kerana kita mahukan seorang pemain bola bertahap dunia, bukan pemain bola bertahap kampung. Tetapi dengan tiadanya permain-pemain import, maka akan lahirlah lebih ramai pemain-pemain tempatan bertahap kampung. Bagi saya, sepatutnya FAM perlu lebih berani, dengan membenarkan lebih ramai pemain import bertaraf dunia beraksi apabila melihat kurangnya pemain-pemain tempatan yang menyinar di dalam Liga Super, kerana kualiti Liga Super amat penting dan perlu dijaga. Jika kualiti Liga Super dipandang remeh oleh FAM maka, Liga Super akan terus bertaraf kampung dan pemain-pemain kita bagai bermain di padang-padang sekolah. Mereka tidak akan ada corak atau skill permainan yang baru apatah lagi berminda profesional.

Untuk memudahkan FAM memahaminya ialah sebagai contoh, cuba kita ambil sebuah pasukan Liga Super, maka di dalam sesuatu skuad utama liga super tersebut mempunyai 3 pemain import dan 9 orang pemain tempatan yang hanya bertaraf kampung, bagi saya adalah lebih baik jika pasukan tersebut mempunyai 9 pemain import tetapi 3 orang pemain tempatan tetapi bertaraf dunia. Kerana tiga pemain tempatan tersebut mempunyai kualiti dunia dan telah berusaha keras untuk bermain di dalam Liga Super. Maka tiga pemain tempatan inilah yang yang bakal mewarnai skuad kebangsaan negara. Jika setiap pasukan ada satu atau dua pemain tempatan sahaja dan jika dikumpul-kumpulkan maka kita akan mempuanyai satu skuad kebangsaaan yang gah dan bertaraf dunia.

Tetapi jika kita masih mengenakan quota untuk pemain import bahkan lebih buruk lagi menghapuskan terus pemain import, maka akan lahirlah pemain-pemain bola yang tidak boleh bermain bola tetapi dibenarkan bermain bola. Sebabnya ialah "itu sajalah yang terbaik yang kita ada". Maka semakin loya dan sakitlah mata dan hati peminat-peminat bola, melihat Liga Malaysia khususnya Liga Super, kerana didominasi oleh pemain-pemain 'kaki bangku'. Maka akan wujudlah pula ramai 'star kampung' dalam Liga Super. Apa itu 'star kampung'? 'star kampung', ialah mereka bagitu gah dan hebat bemain bola dinegara sendiri, tetapi bila masuk kegelanggang antarabangsa hancur dan tenggelam. Adakah 'star kampung' ini benar-benar hebat? hakikatnya mereka ini tidak hebat, mereka nampak hebat kerana pemain-pemain disekelingnya semuanya bertahap 'kaki bangku'. Bukti telah jelas, iaitu, setakat ini tidak ada pengurus pasukan terkenal dunia yang telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Malaysia, yang memuji kehebatan 'star-star kampung' ini.

Apa perlu FAM buat? Pendapat saya, FAM kena berani membuat REVOLUSI dalam LIGA SUPER. Sudah sampai masanya FAM misti melihat bola sebagai satu bisnes yang mampu menarik berjuta-juta penonton ke stadium. FAM tidak perlu lagi bersikap 'sentimental' dan bersemangat nasionalis sempit khasnya dalam mencorak perjalanan Liga Super. Harus diingat, bolasepak moden bukan semata-mata untuk bertujuan nasionalis tetapi lebih pada komersial dan bersifat industri. Bahkan dalam bidang-bidang lain juga, sebagai contoh bidang kedoktoran, kita kekurangan doktor pakar dan kita import doktor. Adakah dengan mengimport doktor kita kurang semangat nasionalnya?

Satu lagi, janganlah sesekali menjadikan Liga Super sebagai tempat atau medan untuk melatih pemain-pemain tempatan. Tidak ada liga bertaraf profosional didunia ini menjadikan pentas-pentas liga utama mereka sebagai gelanggang latihan. Pendapat saya, jika perlukan juga medan latihan, jadikan Liga Perdana atau Pila Presiden atau liga Negeri-negeri sebagai medan untuk rakyat Malaysia berlatih. Dari sana nanti, mereka kan berusaha keras mencapai taraf dunia untuk menempatkan diri dalam Liga Super atau dibeli oleh pasukan-pasukan dari Liga Super. Maka akan wujudnya sikap berusah keras untuk menjadi pemain berkualiti dunia. Kita misti terima hakikat jika sesebuah skuad utama Liga Super itu dibarisi oleh semua pemain-pemain import, tetapi saya rasa perkara ini tidak akan terjadi kerana sudah tentu pemain-pemain Malaysia akan rasa tercabar dan mahu menempatkan diri dalam Liga Super untuk meraih pendapatan yang lebih lumayan.

Satu lagi yang perlu FAM perlu fikirkan dan buat pilihan ialah antara membiarkan kualiti Liga Super jatuh atau menghalalkan pemain import. Bagi saya, hanya orang yang 'benggap' saja sanggup membiarkan kualiti Liga Super jatuh. Jadi, bukalah pintu liga super seluas-luas untuk pemain-pemain bertaraf dunia dan profesional sahaja. Maka akan lahirlah pemain-pemain tempatan yang berusaha keras untuk menjadi pemain bertaraf dunia kerana ingin bermain di dalam Liga Super. Jika Liga Super ini diprofesionalkan disetiap sudut termasuk pengurusan, maka kita akan boleh melahirkan lebih ramai pemain tempatan bertaraf dunia.

Maka, cara paling praktikal dan berani untuk FAM ialah membuat satu REVOLUSI BOLASEPAK iaitu SWSTAKAN LIGA SUPER 'SEPENUHNYA', kerana kita mahu melihat Liga Super bertaraf dunia seperti liga-liga dunia yang lain. Kita tidak mahu melihat Liga Super tercalar dengan sentimen nasionalis sempit, atau ayat mudahnya ialah, "tak pandai main bola tak apa, asalkan mereka anak-anak tempatan".

Walaupun pandangan saya ini kasar, melampau dan extrime bahkan kelihatan tidak bersifat nasional, tetapi sebagai peminat dan sayangkan bola Malaysia, saya berhak memberi pendapat. Kita juga sebagai rakyat Malaysia perlu berani berubah. Sanggup menerima revolusi bolasepak dari kacamata yang lebih global. Kita juga janganlah terlalu sesikap nasionalis sempit dalam usaha untuk menaikkan kualiti Liga Super. Jika kita hanya melihat bola dari sudut stadium Bukit Jalil sahaja, maka pemain kita juga akan hanya pandai bermain di Bukit Jalil tetapi dipentas antarabangsa terus diaibkan.

Bagi saya, bukan saja Malaysia perlukan Revolusi bolasepak seperti ini, bahkan negara-negara Asia yang lain juga perlu berani membuka pintu untuk pemain-pemain import, jika mahukan liga-liga Asia sama gah dengan Liga-liga Eropah yang lain.

Ayuh rakyat Malaysia, mari kita buat Revolusi bolasepak, ayuh FAM, SWASTAKAN Liga Super, kita buka seluas-luasnya ruang untuk pemain-pemain bertaraf dunia samada dari dalam atau luar negara. Kita jadikan Liga Super setanding EPL. Jangan terperanjat, jika Chritiano Ronaldo, sain kontrak bermain untuk pasukan Kedah!!! dan jangan terperanjat juga ada pemain-pemain Malaysia di beli oleh kelab-kelab ternama Eropah. Maka, stadium-stadium kita akan sentiasa penuh. Pasukan-pasukan negeri semakin kaya dan glamour, penaja melambak-lambak, pemain-pemain kita yang bertaraf dunia dan gigih bersaing semakin ramai. Pendapatan pemain-pemain kita semakin lumayan. Bolasepak kita makin gemailang dan terkenal dan kita akan mampu melahirkan ramai pemain-pemain tempatan bertaraf dunia. Kita pasti boleh beraksi di final Piala Dunia suatu hari nanti...

MARI KITA JAYAKAN REVOLUSI BOLA SEPAK DAN MENDESAK FAM MENSWASTAKAN LIGA SUPER SEPENUHNYA

KAMI BERANI BERUBAH!!!

Malaysia Bolehhhhhh...

Oleh : K-Cheng (Kamarozaman Yaacob Bekas Pemain Skuad Harimau Malaya)

TINJAUAN PANDANGAN BEBERAPA PEMAIN TEMPATAN MENGENAI KETIADAAN PEMAIN IMPORT


Hardi Jaafar : "Mungkin bagus juga sebab ini memberi peluang luas kepada pemain tempatan, tapi, pemain tempatan kenalah bermain bersungguh-sungguh".

Amri Yahyah : "Saya menyambut baik keputusan FAM malah harus dijadikan suntikan pembakar semangat oleh semua pemain untuk menunjukkan bakat dan kemahiran masing-masing".
Tan Sri Annuar Musa berkata : "Ini adalah satu peluang yang harus direbut oleh pemain bagi memastikan penonton akan terus memberikan kepercayaan dan minat mereka terhadap pasukan tempatan". Beliau berkata demikian ketika menganjurkan satu sesi pertemuan Pemain-Pemain Bolasepak Kelantan bersama-sama Peminat yang diadakan di sebuah Pasaraya di Kelantan.
Khalid Jamlus : Saya akan menggunakan peluang ini selaku jentera utama serangan Pasukan Kelantan bagi membuktikan bahawa pasukan di Malaysia juga tidak kurang hebatnya dengan pasukan luar.

Kesimpulannya : Pemain-pemain kita sememangnya gembira dengan dasar tiadanya awang import bagi tahun 2009 ini. Tetapi persoalannya apakah peminat-peminat bolasepak di Malaysia berminat dan setuju dengan dasar ini? Tepuk dada tanya selera, anda tentu ada jawapannya...... - K-Cheng



Apa Erti Sebenar Tahun Baru? - Oleh Acoy

Tahun baru yang tiba membuka lembaran episod baru dalam kehidupan kita umat manusia. Siang dan malam yang silih berganti tanpa jemu melengkapkan peredaran sehingga cukup setahun tidak kira tahun hijrah dan masihi yang akan disambut selang beberapa hari. Umat manusia menggaru kepala memikirkan kenapa begitu cepat masa berlalu sedangkan baru beberapa kerja dilakukan, baru beberapa agenda dilaksanakan dan kenapa masa berputar sebegitu pantas.

Anak-anak di Palestin terus menghitung hari bila agaknya mereka merdeka kerana setiap hari mereka senantiasa mendengar dentuman bom dan nyanyian peluru yang tidak bermata oleh Yahudi dan Amerika. Anak-anak muda Malaysia menghitung waktu bila tahun baru masihi akan disambut untuk melihat konsert-konsert, berpesta minuman keras, berhibur sehingga melalaikan dan yang menjadi simbol tahun baru bermula dengan percikan bunga api di langit-langit bandaraya metropolitan di Negara Malaysia .

Tahun 1430 hijrah tiba dengan membawa seribu erti kepada umat Islam yang mengerti erti sebuah kehidupan yang diredhai oleh Allah s.w.t. Peristiwa hijrah yang disambut saban tahun mengajak seluruh umat Islam untuk bermuhasabah dan mengkoreksi diri selama setahun apa yang telah dilakukan dan tidak terhenti sekadar itu sahaja, tetapi hijrah perlakuan apa yang dilakukan untuk mendapat redha Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Ahsr yang bermaksud: “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran.” Dalam ayat ini membawa kita meneliti setiap perincian detik waktu yang kita lalui sama ada diisi dengan perkara sia-sia atau dengan jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t. Apabila melihat situasi di Malaysia pengkoreksian dan muhasabah sering diabaikan terutamanya kepada anak muda apabila tibanya tahun baru apatah lagi tahun baru hijrah.

Jika ditanya kepada anak muda dan remaja kini “apa yang anda faham erti hijrah?”. Semestinya ramai yang menggeleng kepala dan bertanya kembali sambil menggaru kepala tanda meminta kepastian “hijrah?”. Bermain di minda masyarakat kenapa anak muda sedemikian jadinya tidak mengerti langsung erti hijrah. Hijrah yang harus difahami adalah peristiwa perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan Umat Islam Mekah ke bumi Madinah untuk menyebarluaskan agama Islam setelah 13 tahun berdakwah kepada penduduk Mekah dengan hasil yang sedikit. Bertitik tolak peristiwa hijrah inilah Islam berkembang pesat sehingga seantero dunia mengenali Islam sehingga ke hari ini.

Bersempena dengan penghijrahan inilah perhitungan tahun hijrah dimulakan apabila Saidina Umar Al-Khattab khalifah Islam yang kedua memanggil sahabat-sahabatnya untuk berbincang perkiraan tahun Islam setelah banyak peristiwa yang bersejarah dilalui mereka dengan pelbagai perbezaan pendapat tentang tarikh-tarikh peristiwa tersebut. Saidina Umar Al-Khattab telah memutuskan bahawa 1 Muharram merupakan hari pertama tahun Islam sementara Hijrah sebagai tahun bersempena perpindahan Nabi Muhammad s.a.w ke bumi Madinah yang pada ketika itu yang dinamakan Yathrib.

Sebenarnya 1 Muharram bukanlah tarikh tepat perpindahan Rasulullah s.a.w ke Madinah. Rasulullah s.a.w telah berpindah dari Mekah al-Mukarramah pada 1 Rabiul awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul awwal selepas 13 tahun menjadi Rasul. Saidina Umar r.a telah berijtihad dan memperawalkan 2 bulan untuk menjadikan 1 Muharram tarikh memperingati peristiwa besar perpindahan Rasulullah s.a.w. Abu Mazaya Al-Hafiz dalam karangannya Sirah Dan Riwayat Hidup Nabi Muhammad S.A.W telah menceritakan bagaimana perit jerih Rasulullah s.a.w dalam perjalanan ke Madinah kerana musyrikin Mekah memburu Rasulullah. Bukan sekadar itu sahaja Saidina Ali sanggup mempertaruhkan nyawanya menggantikan tempat tidur Nabi s.a.w ketika malam penghijrahan berlaku. Seharusnya selaku umat Islam kita perlu mengerti bahawa hijrah bukanlah hanya soal perpindahan dari Mekah ke Madinah tetapi lebih dari itu seperti pembebasan dari belenggu penyiksaaan musyrikin Mekah terhadap muslimin Mekah.

Penghijrahan ini jugalah bermulanya pembentukan Negara Islam yang unggul sehingga dikagumi oleh semua bangsa dan negara pada ketika itu kerana mempunyai sistem pentadbiran yang teratur dan tersendiri berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Rasulullah juga mempereratkan dengan mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar dalam memperkukuhkan Islam. Allah s.w.t merakamkan peristiwa persaudaraan ini dalam surah Al-hasyr yang bermaksud: “Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum kedatangan mereka (Muhajirin), mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin), dan mereka (Ansar) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin) dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan dan siapa yang dipelihara dari kebakhilan dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung” Dalam ayat ini Allah menceritakan bahawa bagaimana golongan Ansar membantu golongan Muhajirin Mekah dengan segala yang ada atas nama kecintaan persaudaraan Islam sehingga sanggup berkongsi apa sahaja dan sanggup memberikan separuh dari harta golongan Ansar kepada muhajirin.

Dengan peristiwa hijrah yang telah dilalui 1430 tahun ini seharusnya umat Islam mengerti erti sebenar hijrah agar dapat diimplimentasikan dalam kehidupan. Langkah NGO Teras Penggupayaan Melayu (TERAS) membesarkan tarikh hijrah ini amatlah dihargai kerana TERAS telah mengambil tarikh 1 Muharram sebagai tarikh muktamar justeru pengkoreksian gerak kerja yang dilakukan selama satu tahun. Presiden TERAS Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid menyatakan bahawa tarikh 1 muharram ini dijadikan asas permulaan setahun kerana umat Islam sudah melupakan erti hijrah apatah lagi kesedaran terhadap Islam kian dipinggirkan maka sambutan 1 muharram haruslah diagungkan agar Islam dipandang tinggi. Bagi Umat Islam tahun Hijrah ini adalah detik memuhasabahkan diri dengan perlakuan terdahulu. Pengkoreksian diri memungkinkan umat Islam mengerti erti keperibadian yang cemerlang berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

1 Muharram juga Umat Islam digalakkan memohon ampun kepada kepada Allah s.w.t atas dosa-dosa lampau agar Allah membuka pintu taubat-Nya kepada hamba-Nya yang soleh. Ibadah-ibadah juga perlu diperbanyakkan menjelangnya tahun baru hijrah ini kerana Insan yang unggul adalah Insan yang lebih baik peribadi dan ibadahnya dari yang masa lepas. Nilai-nilai ibadah perlu dipertingkatkan supaya rohani jasmani senantiasa hampir dengan Allah s.w.t. Kebanyakan di Malaysia 1 Muharram disambut dengan bacaan Yasin dan solat hajat secara berjemaah di peringkat surau, madrasah dan juga masjid. Dengan cara inilah umat Islam berkumpul mengkoreksi diri dan secara tidak langsung dengan pertemuan sebegini mengeratkan ukhuwah dan bertepatan dengan peristiwa hijrah iaitu merperkukuhkan persaudaraan.

Dengan persitiwa tahun baru juga digalakkan umat Islam memaafkan kesalahan sahabat handainya untuk merapatkan silaturrahim justeru meninggkan martabat Islam. Selang beberapa hari perpindahan tahun hijrah kepada 1430 hijrah, menjelang pula perpindahan tahun masihi dari tahun 2008 kepada 2009. 31 Disember menjadi penantian sebilangan anak muda terutamanya di kota untuk menyembut perayaan sambutan tahun baru dengan riang gembira dan diserikan lagi kononnya dengan aktiviti yang berfaedah seperti hiburan konsert oleh artis-artis terkemuka, hidangan minuman keras, pesta seks, pesta buih, merempit dan sebagainya. Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Bangsar dan Kuala Lumpur City Center KLCC menjadi tempat bertandang anak muda untuk mencari erti tahun baru. Apabila ditanya kepada anak muda “ apa erti sebuah tahun baru dan di manakah tahun baru wajar disambut?” pasti ramai yang menjawab erti sebuah tahun baru adalah kemerdekaan jiwa anak muda dengan berorientasikan hiburan dan di tempat-tempat hiburanlah harus disambut tahun baru.

Kemeriahan tahun baru bukanlah hanya dirasai di Malaysia bahkan satu dunia menyambut kedatangan tahun baru ini dan sambutannya seakan-akan sama setiap negara seperti percikan bunga api dan juga konsert-konsert oleh artis-artis terkenal. Selaku rakyat Malaysia yang prihatin saling bertanya sesama sendiri adakah dengan hiburan sebegini anak muda terutamanya berubah menjadi baik atau semakin teruk ditelan hiburan yang melalaikan. Setiap tahun kita melihat di tempat-tempat yang menjadi tumpuan anak muda kelihatan sebuah masyarakat yang hancur ditelan kemodenan seperti selari dengan pembangunan yang dikecapi. Berbondong-bondong anak muda dengan pakaian ala barat yang diagungkan, anak-anak Melayu seperti hilang kemalayuannya dengan cara penampilan yang sangat asing dengan budaya tempatan seperti kembali ke zaman nomad yang tidak berbaju terutamanya perempuan, rambut-rambut yang diwarnakan dan segala macam jenis sifat yang sukar digambarkan di akal kita berada di bumi Malaysia yang telah merdeka 50 tahun.

Persoalannya adakah kemerdekaan yang dikecapi selama 50 tahun hanyalah dari segi kemerdekaan penjajahan kolonial dan tidak merdeka dari segi minda. Sambutan tahun baru di Malaysia yang disambut satu malam untuk menyembut kehadiran erti setahun yang akan datang seakan-akan tidak bererti apabila masalah sosial semakin menjadi-jadi. Tanpa segan silu apabila percikan bunga api di udara mengagumkan penonton ada sebilangan anak muda Melayu yang berciuman seolah-olah kelihatan pesta sambutan tahun baru ini seperti di negara-negra barat bahkan lebih dari itu. Sambutan ini juga mencerminkan hilangnya nilai-nilai ketimuran yang didewakan oleh sesetengah pemimpin yang tidak turun melihat gelagat anak muda dewasa ini.

Tepat detik 12.00 malam tempat-tempat yang dikunjungi anak muda sudah tidak terkawal apabila lelaki dan perempuan berpelukan, menari bersama, berciuman, bahkan ada tempat yang menjadikan sambutan tahun baru sebuah pesta seks percuma. Selepas daripada detik percikan bunga api anak muda ada yang memperjudikan nyawa dengan merempit dan ada yang lebih dasyat lagi menunggu tarikh 1 Januari 2009 untuk berkelahi dan bergaduh sesama sendiri dan yang lebih menyedihkan bangsa Melayu sendiri yang melakukan perkara sedemikian. Jika kita masih meragui perkara ini, boleh sahaja kita melihat gelagat-gelagat ini terpampang di dada-dada akhbar dan paparan televisyen pada keesokan harinya.

Seharusnya semua pihak haruslah berganding bahu memikirkan masalah sosial yang menyelubingi anak muda Malaysia supaya mereka sedar erti sebuah tahun baru atau penghijrahan. Sememangnya anak muda yang berdarah panas kononnya mahukan hiburan, bekas Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Haji Md. Hashim Haji Yahaya menyatakan bahawa program hiburan dan seumpamanya yang boleh diadakan bagi menyerikan kedatangan tahun baru seperti dendangan nasyid serta puisi Islami yang dapat membangkitkan kesedaran terhadap tangggungjawab serta perasaan cinta akan negara. Langkah ini telah diambil oleh Masjid Syakirin KLCC dengan mengadakan nasyid dan juga puisi-puisi Islami dalam menyambut sambutan tahun baru tetapi kehadiran pengunjung yang datang tidak sehebat konsert-konsert hiburan yang melalaikan oleh artis-artis terkenal.

Kita bukalah menuduh bahawa konsert sebegitu tidak bagus tetapi konsert-konsert sebegitu haruslah berorientasikan Islam agar kesedaran cinta akan tanah air, agama tersemai kukuh berlandaskan cara Islam dan bukannya bertuhan cara barat yang songsang. Program-program kesyukuran sambutan tahun baru perlulah diperbanyakkan agar masyarakat dapat menginsafi diri dan juga mengkoreksi diri supaya menjadi insan dan masyarakat yang benar-benar bertamadun. Pihak kerajaan perlulah memainkan peranan dalam soal ini di bawah pengelolaan menteri berwajib supaya hiburan rantaian hidonosme dapat dijauhi dan majlis kesyukuran sambutan tahun baru diperhebatkan. Bantuan-bantuan NGO juga perlu diperkuatkan, langkah PEKIDA dan PERKID amatlah dihargai dengan membuat program-program untuk meleraikan masalah sosial anak muda Islam, tetapi tidak cukup dengan hanya dua NGO yang bertanggungjawab dalam hal ini tanpa dibantu oleh NGO lain dan yang penting bantuan pihak berwajib seperti Jabatan Agama Islam Negeri.

Peranan yang terpenting perlu dimainkan adalah peranan ibu bapa. Ini kerana ramai yang hadir ke tempat-tempat sedemikian adalah remaja di bawah 18 tahun yang berada di bawah jagaan ibu bapa. Maka ibu bapa harus mengewasi tingkah laku anak supaya tidak tergelincir ke arah yang buruk. Kehidupan yang dilalui perlulah bermatlamat jelas, semua pihak harus berganding bahu bersama-sama memperkukuhkan sambutan tahun baru ini dengan program dan majlis-majlis yang berfaedah yang bukannya berpaksikan hiburan semata-mata. Muhasabah diri perlulah menjadi teras program dan majlis yang disambut agar masyarakat mengerti sebuah kehidupan yang bermakna. Seluruh rakyat Malaysia haruslah menyemai nilai-nilai moral dan modal insan yang tinggi agar seluruh dunia memandang bahawa rakyat di Negara Malaysia adalah bertamadun tinggi dan perlu diteladani.

Oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail

Di sekitar Sambutan Tahun Baru di Kuala Lumpur Tahun 2009

Lihatlah sampah bertaburan di sana sini. Remaja berpeleseran hingga ke awal pagi.
Jumlah sampah yang bertaburan amat menyakitkan mata. Kesedaran sivik manusia di malam tahun baru sememangnya 'zero' sama sekali.
Petugas-petugas Bandaraya akhirnya yang berpenat lelah, bertungkus lumus untuk membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan.
Remaja ini ditahan ketika cuba meragut beg seorang pelancong yang datang menyaksikan sambutan Tahun Baru. Remaja ini dirawat setelah cedera ketika cuba melarikan diri dari pihak Berkuasa.
Berlori-lori remaja ditahan akibat pelbagai kesalahan ketika sambutan Tahun Baru.
Ada yang berdarah tangannya kerana cuba melarikan diri walaupun telah digari tangannya.

Seminar Motivasi Pemimpin Pelajar SDAR

1 Januari 2009 , Seremban - Satu seminar khusus untuk Pemimpin Pelajar Sekolah Menengah Dato Abdul Razak (SDAR) telah di adakan di SDAR semalam. Seminar 3 hari ini diadakan bertujuan bagi memperlengkapkan diri pelajar dengan pengisian diri di dalam memantapkan diri pelajar supaya mereka bersedia menjadi pemimpin kepada pelajar-pelajar SDAR. Di antara penceramah yang dijemput adalah Saudara Syamsul Amri Ismail iaitu Pengerusi Blog Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan Eksekutif Pentadbiran, Intellectual Orator Consultant (IOC). Saudara Syamsul telah mengendalikan 2 Slot dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan dari 2.30 petang hingga 4.30 petang. Antara lain pengisian yang ditekan kan oleh Saudara Syamsul adalah berkaitan dengan Pemantapan Sahsiah Diri, Pemantapan Kualiti Peribadi, Pemantapan Disiplin, Pemantapan Organisasi, Kemahiran Interpersonal Pemimpin dan lain-lain lagi.

Menurut saudara Syamsul, seminar ini penting kerana ia dapat mencorakkan sistem organisasi yang diinginkan oleh pihak Pentadbiran Sekolah agar pelajar-pelajar lain akan dapat dipimpin sebaiknya tanpa sebarang masalah. Beliau yakin bahawa seminar seperti ini akan dapat mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan oleh pihak Urusetia dan pihak Sekolah.

Peserta-peserta sedang sibuk menjalankan tugasan yang diberikan semasa seminar dijalankan.
Seramai 45 orang Pemimpin Pelajar terlibat sebagai peserta seminar ini.

Beginilah gambaran suasana taman di Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR)
Syamsul menerima cenderahati dari En Shahabudin selaku Penyelaras Program Seminar.