Ahad, 18 Januari 2009

UM Johan Debat IKIM 2009 !!!

Universiti Malaya Johan Debat IKIM 2009

Universiti Malaya (UM) dinobatkan sebagai johan Debat IKIM 2009 dengan menumpaskan lawan mereka iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di pertandingan akhir. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menawarkan hadiah baru yang lumayan kepada johan Pertandingan Debat Kefahaman Islami Antara IPT kali ke-6 iaitu berupa geran berjumlah RM 10, 000.00 kepada Kelab Debat universiti terbabit. Sebelum ini pasukan debat yang menjadi johan hanya menerima wang tunai RM15 000.00 sahaja di samping hadiah iringan. Pendebat terbaik pula akan menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM 2,000.00 berbanding RM 1,000.00 tahun sebelumnya.

Hadiah yang ditawarkan oleh IKIM merupakan hadiah yang tertinggi untuk pertandingan debat di negara ini. IKIM amat berharap dengan hadiah yang lumayan ini akan memberi galakan dan kehebatan kepada gelanggang debat di kalangan penuntut IPT lebih-lebih lagi dalam memperdebatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan unsur-unsur Islami.

Pertandingan Debat Kefahaman Islami Antara Institusi Pengajian Tinggi Kali ke-6 akan diadakan pada 12-16 Januari 2009 di Dewan Besar IKIM. Pertandingan akhir akan diadakan pada 16 Januari 2009 (Jumaat) yang akan dihadiri oleh YABhg Tun Dato' Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Pengerusi IKIM dan Y.M. Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas, Ketua Pengarah IKIM.

PENYERTAAN
Sebanyak 16 Institusi Pengajian Tinggi akan mengambil bahagian iaitu:
(i) Universiti Malaya
(ii) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(iii) Universiti Pendidikan Sultan Idris
(iv) Universiti Utara Malaysia
(v) Universiti Teknologi Malaysia
(vi) Universiti Teknologi MARA
(vii) Universiti Putra Malaysia
(viii) Institut Perguruan Islam Selangor
(ix) Universiti Islam Antarabangsa
(x) Universiti Kebangsaan Malaysia
(xi) Universiti Darul Iman
(xii) Universiti Sains Malaysia
(xiii) Universiti Sains Islam Malaysia
(xiv) Universiti Malaysia Sabah
(xv) Universiti Multimedia Malaysia
(xvi) Universiti Teknologi Petronas

Pusingan pertama dan kedua pertandingan debat ini akan diadakan pada 12 dan 13 Januari 2009, manakala pusingan suku akhir, pada 14 Januari 2009. Pertandingan separuh akhir akan diadakan pada 15 Januari 2009.

TAJUK DEBAT
Antara tajuk debat pada 12 Januari 2009 ialah:

(i) "Penerokaan Tanah Untuk Biofuel Merugikan Negara".
(ii) "Kuota 30 Peratus Wanita Pembuat Dasar di Malaysia Tidak Berpijak di Bumi Nyata".
(iii) "Budaya Internet Menghakis Pemikiran Kritis".
(iv) "Kebebasan Penulis Blog Bukti Kebebasan Bersuara".


HADIAH
IKIM menawarkan hadiah berupa wang tunai kepada pasukan yang meraih kemenangan iaitu:

(i) Johan : Wang tunai RM15,000.00, Geran berjumlah RM 10, 000.00 untuk kelab , Debat, Piala pusingan, buku-buku terbitan IKIM, langganan majalah e@Siswa selama 3 bulan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan sijil penyertaan.

(ii) Naib Johan : Wang tunai RM10,000.00, buku-buku terbitan IKIM, langganan majalah @Siswa selama 3 bulan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan sijil penyertaan.

(iii) Ketiga : Wang tunai RM5,000.00, buku-buku terbitan IKIM, langganan majalah e@Siswa selama 3 bulan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan sijil penyertaan.

(iv) Keempat : Wang tunai RM3,000.00, buku-buku terbitan IKIM, langganan majalah e@Siswa terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan sijil penyertaan.

(v) Pendebat Terbaik : Wang tunai RM2,000.00, buku-buku terbitan IKIM, langganan Majalah I selama 6 bulan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan sijil penyertaan.

Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang tewas cuba lagi pada tahun hadapan.

Laporan oleh : Editor Blog



Koleksi Gambar Pertandingan Akhir

Suasana pertandingan Akhir
Di antara orang ramai yang berkesempatan hadir

Pentas akhir dimulakan dengan aksi pendebat pertama UM, saudari Nor Izzati
Kelihatan saudara Zaini (USIM) memberikan hujah balas kepada pihak lawan.
Ketua Hakim meneliti setiap hujah yang disampaikan.
Penyokong USIM yang sempat bergambar bersama replika cek Naib Johan
Inilah barisan pendebat USIM yang beraksi di pentas akhir. Walaupun tewas namun tetap menerima dengan redha. Ternyata peminat-peminat debat menyebelahi mereka!
Saudara Ali Asyraf yang dinobatkan sebagai pendebat terbaik sedang ditemubual oleh wartawan.

1 ulasan:

Faridah Zayla berkata...

Wah debat yang hebat ,dont forget to visit MY amazingBLOG