Isnin, 18 Mei 2009

Komen Beberapa Pemimpin Tentang Kemelut Politik Di Perak - Datuk Kamarul











KEMELUT ISU POLITIK DI PERAK.. KITA PERHATIKAN KOMEN MEREKA..

TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT..
1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.
-----
2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”
-----
3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.
-----
4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.
-----
5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.
-----
6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman.Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud: “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45). Wallahua’lam.

TUN DR.M.. "Adalah kurang bijak bagi BN untuk mendapatkan majoriti dengan membawa masuk pemimpin berkualiti rendah". "2 Wakil Rakyat dituduh rasuah". Jika anda bawa masuk orang yang rasuah sebelum mereka didapati bersalah, ia tidak akan meningkatkan kualiti parti." "Jika mahu menerima orang yang berhasrat menyertai parti kita, perlu ketahui kualiti orang itu," ..

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH.. Saya mengutuk tindakan pemimpin UMNO yang merayakan pembentukan kerajaan BN di Perak sebagai tidak bermoral dan tidak menghormati pelantikan yang telah dibuat oleh Sultan Perak.
-----
Jika BN memilih untuk menubuhkan kerajaan tanpa melalui Pilihanraya, ia akan membangkitkan kemarahan rakyat. Apa yang akan berlaku nanti dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, rakyat bukan hanya menolak BN di peringkat negeri tetapi juga di peringkat Persekutuan. Sehubungan dengan itu, beliau mendesak agar Pilihanraya peringkat negeri Perak diadakan supaya rakyat Perak menentukan kerajaan yang mereka mahukan. Saya juga menggesa semua pihak supaya mengurangkan amalan berpolitik keterlaluan bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan ke atas usaha menangani masalah ekonomi.
-----
Saya merasakan bahawa pemimpin tidak wajar bermain politk "banyak sangat kerana kehidupan rakyat terhimpit." "Rakyat susah sangat sekarang. Kalau kita tidak beri suatu cadangan atau rancangan untuk menjaga kepentingan rakyat, untuk hendak hidup, saya rasa mereka akan terus rasa hampa dengan kepimpinan yang ada. "Nampaknya mereka asyik berpolitik taktumpu masa untuk jaga kebajikan rakyat itu sendiri. "Cukuplah main politik,".
Oleh : Datuk Kamarul Baharin Abas (Ahli Parlimen, Teluk Kemang)

Tiada ulasan: