Selasa, 22 November 2011

Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa di Tampin Jaya

19 November 2011, Tampin: Satu ceramah penerangan berkaitan isu-isu semasa telah dijalankan bertempat di Tampin Jaya, Tampin. Ceramah ini telah dianjurkan oleh UMNO Cawangan Taman Tampin Jaya. Ceramah tersebut berlangsung mulai jam 9.00 malam hingga ke jam 11.30 malam.

Ceramah berkaitan isu-isu semasa negara ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau yang juga merupakan Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia telah mengupas sebegitu banyak isu-isu semasa tempatan untuk dikongsi bersama.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah dirakamkan semasa program tersebut berlangsung.

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: