Selasa, 22 November 2011

Perasmian Mesyuarat Agong Taman Pinang Gading Tahun 2011

24 September 2011, Seremban : Satu Mesyuarat Agong bagi Taman Pinang Gading telah diadakan bertempat di perkarangan surau Taman Pinang Gading, Sikamat, Seremban. Mesyuarat Agong bagi tahun 2011 ini dijalankan bersekali dengan program jamuan Hari Raya Aidil Fitri.

Mesyuarat Agong Taman Pinang Gading ini telah disempurnakan majlis perasmiannya oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Menerusi ucapannya beliau berpesan kepada semua penduduk agar memberi sokongan padu kepada kepimpinan Jawatankuasa Penduduk Taman Pinang Gading agar segala aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Sesungguhnya tanpa sokongan padu daripada penduduk segala aktiviti yang direncanakan untuk kebaikan serta pembangunan masyarakat setempat tidak akan dapat dijalankan.

Sdr Syamsul bergambar bersama Pengerusi dan sebahagian AJK sebaik selesai majlis perasmianDisediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: