Ahad, 12 Februari 2012

Jamuan Penghargaan Krew Debat Keamanan UPNM 2012

10 Februari 2012, Subang Jaya : Satu majlis jamuan penghargaan telah diadakan bertempat di kediaman Prof. Wan Mahzom, Timbalan Naib Canselor, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) iaitu di USJ 5, Subang Jaya. Majlis jamuan ini melibatkan kesemua krew Pertandingan Debat Keamanan Antara IPT ASEAN 2012 yang berakhir pada 8 Februari 2012 baru-baru ini yang mana telah di juarai oleh UPNM.

Majlis jamuan Barbeque ini telah bermula sejak jam 4 petang lagi dan telah turut dihadiri oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang juga merupakan Ketua Hakim bagi pertandingan berkenaan. Sdr Syamsul hadir bersama keluarganya pada malam berkenaan. Berikut dikongsikan beberapa gambar kenangan di dalam majlis berkenaan. Disediakan oleh : EDITOR Gambar oleh : GNotes

Tiada ulasan: