11 Februari 2012, Jelebu : Satu Program Ceramah Keibubapaan telah diadakan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Undang Musa Al-Haj (SMK DUMA), Kuala Klawang, Jelebu. Program ini diserta kira-kira ratusan pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 serta ibu bapa bagi memberikan dorongan dan persediaan pelajar menghadapi peperiksaan serta peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa menjelang peperiksaan yang bakal dihadapi oleh para pelajar nanti.
Program ini telah turut dihadiri oleh Pn Hjh Siti Rahimah bt Sulaiman, Pengetua SMK DUMA, Pn Zuraimi bt Ismail (GPK HEM, SMK DUMA) dan guru-guru SMK DUMA. Tetamu kehormat bagi program ini ialah Tuan Zulkifli bin Jawi, Yang DiPertua PIBG SMK DUMA.
Penceramah undangan bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Persediaan Akhir Dengan Yakin". Antara lain beliau memberi tips kepada para pelajar serta ibu bapa tentang tugas dan peranan masing-masing bagi menghadapi peperiksaan dan seterusnya memastikan kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi nanti.
Di akhir program ini juga telah berlangsungnya majlis melafazkan ikrar dan akujanji oleh para pelajar di hadapan ibu bapa masing-masing sebagai tekad dan semangat menggapai kejayaan di dalam peperiksaan yang bakal mendatang.
Program ceramah telah berlangsung mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 11.00 pagi. Berikut dikongsikan beberapa gambar di sepanjang program tersebut berlangsung.
Di antara pelajar yang terlibat sebagai urusetia pendaftaran
Sdr Syamsul bersarapan bersama Pengetua dan yang lainnya sebelum sesi ceramah bermula
Turut bersama di meja jamuan ialah Tuan Zulkifli bin Jawi (berbaju batik)
Para tetamu mengambil tempat
Sdr Syamsul kelihatan membelek nota sepintas lalu sebelum memulakan ceramah
Pengerusi Majlis memulakan acara
Para pelajar kelihatan ceria di dalam program ini
Para pelajar mencatat setiap tips dan pesanan yang disampaikan oleh penceramah
Ceramah bermula
Guru-guru yang duduk di belakang turut ceria mendengar buah bicara yang disampaikan oleh Sdr Syamsul
Pelbagai aksi dan gaya


Suasana di dalam Dewan Besar SMK DUMA
Di antara guiru-guru lelaki yang turut berkesempatan hadir






Tuan Zulkifli bin Jawi, Yang DiPertua PIBG menyampaikan ucapan
Para pelajar bangun melafazkan ikrar dan akujanji
Ketua Pengawas memimpin lafaz ikrar dan akujanji
Pn Hjh Siti Rahimah (Pengetua) menyampaikan cenderahati kepada Sdr Syamsul Amri
Guru-guru masih lagi kelihatan ceria hingga ke akhir program
Guru-guru turut sama menyertai jamuan makan tengahari sebaik sahaja selesai program
Sdr Syamsul dan Tuan Zulkifly di meja hidangan utamaDisediakan oleh : EDITOR Gambar ihsan daripada : Pn Rohaiza (SMK DUMA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan