Selasa, 25 September 2012

Ceramah "Pengurusan Stress" & "Pengurusan Konflik Suami Isteri" di ILIM, Bangi

24 September 2012, Bangi : Satu Program Seminar Pengurusan Keluarga Islam telah diadakan bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi. Di antara penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)

Sdr Syamsul Amri telah menyampaikan dua slot ceramah iaitu "Pengurusan Stress serta Cara Menanganinya" dan juga tajuk "Pengurusan Konflik Suami Isteri". Ceramah beliau telah berlangsung dengan penuh ceria dan menghidupkan suasana di dalam bilik ceramah.

Beliau menyampaikan ceramah dalam suasana cukup ceria dan bersahaja yang menjadikan para peserta tidak kering gusi ketawa.

Bersama dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: