Selasa, 25 September 2012

Program Motivasi Team Building Mahkamah KL Meriah !!!

23 September 2012, Banting : satu Program Motivasi Berkumpulan "Team Building" Siri 01/2012 telah dianjurkan oleh Unit Latihan Bahagian Pengurusan, Mahkamah Kuala Lumpur. Program ini telah disertai oleh kira-kira 50 orang peserta di kalangan kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur. Program ini berlangsung selama dua hari mulai 22 September 2012 hingga 23 September 2012 bertempat di Hotel Impian Morib, Banting, Selangor.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk membentuk individu supaya lebih berkeyakinan dan berkesan terhadap sesuatu kumpulan dan juga individu itu sendiri. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pemahaman yang jelas mengenai peranan, tanggungjawab dan matlamat untuk individu di dalam sesebuah organisasi.

Bagi Siri 01/2012 ini, pihak MyServe & Solutions telah dipilih sebagai pengendali kursus menerusi penceramah utamanya iaitu Sdr Syamsul Amri Ismail, yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau berceramah dengan penuh bertenaga di sepanjang 2 hari program dilangsungkan. Beliau nyata tidak menghampakan para peserta yang hadir di mana program ini sarat dengan pengisian serta disampaikan dalam keadaan penuh ceria walaupun beliau berada di dalam keadaan batuk dan selesema.

Begitu juga menerusi program ini Sdr Kamarozaman Yaacob, seperti biasa telah bertindak selaku koordinator yang mengendalikan program riadhah santai buat keseluruhan peserta.

Di dalam program ini, Pn Al-Baishah bt. Hj Abd Manan, Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur telah turut sama hadir serta menyempurnakan majlis perasmian program serta majlis penutupan program.

Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan tahniah kepada Unit Latihan, Bahagian Pengurusan, Mahkamah Kuala Lumpur di atas kejayaan melaksanakan program seperti ini, mudah-mudahan objektif yang telah digariskan berjaya dicapai.

Bersama dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.

Puan Al-Baishah bt. Hj. Abd. Manan, Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur ketika menyampaikan ucapan perasmian program
Suasana di pentas utama
Rakaman gambar keseluruhan peserta, urusetia dan crew daripada MyServe and Solutions
En. Md Yusof Alias bertindak selaku pemula acara program
Sdr Syamsul memulakan sesi ceramahnya dengan ceria
Rangkuman keceriaan wajah para peserta......
Sesi "Explorace" di sebelah petang
Pn Al-Baishah bersama Pn Natalia menyaksikan telatah para peserta di dalam "Explorace"
Sdr Syamsul kekal bertenaga di dalam sesi sebelah malamnya pula...
Tuan Mohd Hirman Ab Raub turut sama ceria mendengar ceramah
Pn Natalia leka nampaknya mendengar ceramah, tanpa menyedari yang gambarnya turut dirakamkan...
Wajah-wajah peserta yang menarik perhatian kerana gagal mengawal perasaan ....
Permainan melengkapkan tugasan (tandatangan)
Sdr Syamsul memilih beberapa peserta untuk membuat sampel hasil tugasan
Bersungguh-sungguh nampaknya....
Bergosip ke apa tu???
Isyarat yang tidak akan dilupakan.... "AYAM KAMPUNG"
Isyarat "UDANG GALAH"
Isyarat "KOPIAH PUTIH"

Slot senaman pagi
Dikendalikan oleh Sdr Kamarozaman Yaacob
Sesi Pagi bersambung semula
Keceriaan "maksimum"!!!
Urusetia turut tidak dapat mengawal perasaan
Puan Suzarika bt Sahak, membuat ulasan kesimpulan keseluruhan program sebelum Majlis Penutup
Tiga crew MyServe and Solutions tenang berehat di belakang dewan
Pn Al-Baishah, Pengarah Mahkamah KL menyampaikan ucapan penutup
Puan Pengarah turut menyampaikan sijil kepada para peserta
Barisan urusetia bergambar bersama Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur dan barisan tenaga penggerak MyServe and Solutions

Disediakan oleh : EDITOR

** Gambar-gambar keseluruhan program boleh disaksikan menerusi folder-folder berikutnya.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

asyik kena bahan jer...haha

Unknown berkata...

Class jah..ulasan2 itu...

Unknown berkata...

Class jah..ulasan2 itu...

Unknown berkata...

Class jah..ulasan2 itu...

Tanpa Nama berkata...

Ulasan-ulasan apa yang "class jah.." tu ???

Tanpa Nama berkata...

malu sehh!!! hadoyai teruk heh!!! apa2 pun terbaikkKK