Khamis, 8 November 2012

Ceramah Motivasi Kakitangan Pergigian NS (Album 1)


Ceramah Motivasi Kakitangan Pergigian Negeri Sembilan
"Komunikasi Berkesan"
&
"Kemahiran Pengucapan Awam"
24 Oktober 2012
Anjuran Klinik Pergigian Rembau
bertempat di Kolej Komuniti Rembau

Satu Program Bengkel Peningkatan Prestasi bagi Kumpulan Sokongan untuk anggota Pergigian Negeri Sembilan telah diadakan bertempat di Kolej Komuniti Rembau. Program ceramah telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 5.00 petang.

Di antara penceramah yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk "Komunikasi Berkesan" pada jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang dan kemudiannya disambung dengan ceramah bertajuk "Kemahiran Pengucapan Awam" mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 4.30 petang.

Majlis Perasmian Penutupan program ini telah disempurnakan oleh Dr. Rosnah Adam yang juga merupakan Penasihat bagi program Bengkel ini.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.

(Album 1)



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: