Rabu, 28 November 2012

Ceramah "Petah Berbicara Manifestasi Minda" di UTEM, Melaka

24 November 2012, Ayer Keroh : Satu program seminar pengucapan awam telah diadakan bertempat di Universiti Teknikal Melaka (UTEM) di sini. Program seminar sehari ini diadakan bertujuan bagi mendedahkan para peserta yang rata-ratanya pemidato dan pendebat baru UTEM dengan asas serta teknik pengucapan awam yang betul, Menerusi program ini juga para peserta didedahkan dengan kepentingan mempelajari kemahiran "soft-skill" pengucapan awam ini.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk, "Petah Berbicara Manifestasi Minda". Beliau menyampaikan ceramah mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 11.00 pagi bertempat di Bangunan Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan, UTEM.

Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas dan tahniah buat UTEM di atas kejayaan serta usaha dan inisiatif menganjurkan program bermanfaat seumpama ini. Mudah-mudahan dunia pidato dan debat di UTEM akan terus berkembang pesat selepas ini.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: