Ahad, 3 Mac 2013

Motivasi Keibubapaan di Pulau Gadong, Melaka


3 Mac 2013, Melaka : Satu Program Ceramah Motivasi Keibubapaan telah diadakan bertempat di Pulau Gadong, Melaka. Program ini diadakan sebagai salah satu pengisian di dalam program Sepagi Bersama Pemimpin dan Kelab UMNO Luar Negara (KULN).

Antara lain program yang diadakan termasuklah acara sarapan pagi bersama YB Datuk Wira Idris Harun, Ahli Parlimen Tangga Batu, serta acara penyampaian bantuan kepada mereka yang memerlukan yang telah disempurnakan sendiri oleh YB Datuk Wira Idris Harun. Turut hadir sama di dalam program ini adalah Puan Azlieza (Ketua Puteri UMNO Bahagian Tangga Batu), En Yusof Abu Hassan (Pengerusi JKKK Kg. Pulau Gadong), YBhg Datuk Sharif Ahmad (Setiausaha, Sekretariat, Kelab UMNO Luar Negara), Sdr Zulkafli Aziz (Penolong Setiausaha Kelab UMNO Luar Negara), Sidang Hamzah, Tn Hj Dahari (Imam Masjid Klebang Besar) dan Sdr Khusairy (Pengerusi Kelab Anak Melaka Universiti Teknikal Melaka [UTEM])

Sebaik sahaja selesai acara ucapan daripada YB Datuk Wira Idris Harun dan juga acara penyampaian bantuan, program diteruskan dengan Ceramah Motivasi Keibubapaan. Ceramah ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah dengan berkongsi pelbagi tips-tips mendidik anak serta menjadi ibubapa yang hebat.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut dilangsungkan.
 

Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: