Ahad, 17 Mac 2013

Seminar Pengucapan Awam di Sabak Bernam : Ceramah Slot I


16 Mac 2013, Sabak Bernam : Satu Program Seminar Pengucapan Awam telah dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam. Program ini telah dilangsungkan bertempat di Institut Perakaunan Negara (IPN) di Sabak Bernam. Kira-kira 150 orang Ahli Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam telah menyertai Program ini.

Program Seminar ini telah dikenadalikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah menerusi 3 slot iaitu; "Perihal Pengucapan Awam", "Teknikal Pengucapan Awam" dan "Pemahaman Konsep 1Malaysia Menurut Perlembagaan". Beliau telah menyampaikan ceramah mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 6.00 petang.

Menerusi program ini juga telah diadakan Slot Simulasi Pilihanraya bagi membiasakan para ahli puteri UMNO dengan suasana, peraturan serta prosedur pilihanraya yang sebenar. Ini dilihat usaha yang sangat penting dan signifikan sementelahan PRU 13 yang semakin hampir.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan untuk tatapan bersama.

********************************************************************

Seminar Pengucapan Awam
Anjuran
Pergerakan Puteri UMNO Sabak Bernam
16 Mac 2013
Di Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam

Ceramah Slot 1 : "Perihal Pengucapan Awam"

(Album 1)



Disediakan oleh : EDITOR

** Lagi gambar-gambar penuh boleh disaksikan menerusi folder seterusnya...

Tiada ulasan: