Isnin, 26 Ogos 2013

Ceramah Motivasi Pelajar Cemerlang Daerah Jelebu, Negeri Sembilan

26 Ogos 2013, Jelebu : Satu Program Ceramah Kecemerlangan Pelajar telah diadakan khusus buat pelajar-pelajar harapan yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2013 ini dari seluruh sekolah di dalam Daerah Jelebu ini.

Penceramah undangan bagi program uini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan". Pelbagai tips serta panduan untuk mewujudkan kecemerlangan diri telah pun dikongsi dengan jayanya.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: