Isnin, 5 Ogos 2013

Ceramah "Ramadhan Dihayati" di Jabatan Mineral & Geosains Malaysia

3 Ogos 2013, Seremban : Satu Program Ceramah "Penghayatan Ramadhan" telah diadakan khusus buat para pegawai dan kakitangan Jabatan Mineral & Geosains Malaysia di Sikamat, Seremban. Program ceramah ini diadakan demi berkongsi panduan perkara-perkara yang sepatutnya diutamakan di bulan Ramadhan yang mulia serta larangan-larangan yang sepatutnya ditinggalkan.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Ramadhan Dihayati".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: