Selasa, 25 November 2008

Selamat Datang Kepada Semua Alumni Debat Malaysia

Selamat Datang Ke Blog Rasmi
Alumni Debat Malaysia (ADAM)

Alhamdulillah… akhirnya Blog ADAM ini berjaya juga diwujudkan sebagai menjadi salah satu wadah di mana kesemua Alumni Debat dan Kolumnis boleh berhimpun tidak hanya melalui bentuk perhubungan fizikal malahan juga menerusi tinta dan idea-idea bernas bagi mengupas segala bentuk macam isu dan perkara bagai membantu percambahan pemikiran masyarakat. Saya berharap agar blog ini akan dapat dimanfaatkan bagi memastikan kita semua akan dapat berkongsi idea dan apa jua maklumat. Untuk makluman semua juga, walaupun blog ini menekankan teras utamanya melaporkan dan berdiskusi mengenai isu debat semasa tetapi juga menghidangkan ruangan yang lebih universal berbanding blog-blog lain, iaitu; terdapat beberapa ruangan ilmiah yang turut diselitkan iaitu; pertamanya; ISU SEMASA DAN PERSPEKTIF PERUNDANGAN, RUANGAN GURU DAN BAHASA , RUANGAN POLITIK DAHULU DAN SEKARANG,RUANGAN SUKAN MENURUT KACAMATA PAKAR, Dan sudah pastinya RUANGAN DUNIA DEBAT & PIDATO. Dengan ini Blog ini akan mencakupi semua bidang tanpa ketinggalan. Semoga anda akan terus menyokong blog ini.

Kepada semua Alumni anda tidak hanya terhad bagi ruangan yang telah saya nyatakan tadi malahan anda bebas untuk mengupas isu dari masa ke semasa. Insya Allah, Blog ini akan dijadikan ruang untuk kita semua mengikuti perkembangan terkini dan berhimpun melalui idea dan penjanaan minda kita semua. Insya Allah.

Sekian dan Wassalam.

Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)
Pengerusi Blog Alumni Debat Malaysia (ADAM)

Tiada ulasan: