Selasa, 9 Disember 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1429 Hijrah - Oleh Acoy

Assalamualaikum semuanya,

Adapun kali ini saya akan menghurai sedikit berkaitan dengan Hari Raya Aidil Adha. Tidak pun untuk menunjuk pandai, hanya sekadar berkongsi input agar boleh kita lihat bersama dan renungkan bersama. Mungkin kali ini tidak saya kaitkan dengan Dunia Debat kita, namun sebagai manusia beragama Islam tiada salah rasanya isu ini turut dimuatkan di dalam Blog ini.

Apakala melihat kepada Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban ini kita tidak dapat tidak akan membayangkan lembu-lembu, kerbau atau kambing disembelih selepas selesai solat Sunat Aidil Adha. Namun ia lebih dari itu. Pengorbanan itu pasti ada significant, malah bersebab.


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Begitulah adanya serba sedikit berkenaan Hari Raya Aidil Adha. Maka dengan ini saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1429 Hijrah buat semua Alumni Debat serta semua yang berkesempatan membaca artikel ini.

Sekian dan Wassalam.


Syamsul Amri bin Hj Ismail (Acoy)
Pengerusi Blog ADAM



Gambar-Gambar Ibadah Korban di Kampung Pancor
(Kampung Halaman Pengerusi Blog)
Pada 8 Disember 2008

Lembu ditarik ke tempat penyembelihan
Ramai remaja terlibat menarik lembu ini
Beramai-ramai berusaha menumbangkan lembu ini
Akhirnya lembu tersebut berjaya ditumbangkan.
AJK Surau bersama-sama menyemak senarai penerima daging korban mengikut kupon masing-masing.
Antara AJK Wanita yang turut sama hadir membantu.
En Manaf (Setiausaha) setia setiap tahun sebagai AJK pengagihan daging korban.
Saya turut sama menyertai AJK surau.
Lembu disembelih.
Lembu yang telah siap sedia untuk dilapah.
Daging-daging dilapah, disiang sebelum ditimbang dan dibungkus sebelum diagihkan.
Proses melapah daging korban.
Seekor lagi lembu ditarik beramai-ramai.
Walau nampak kecil, namun usaha menarik lembu ini bukanlah sesuatu yang mudah.
Lembu ditarik ke tempat penyembelihan.

Alhamdulillah, walaupun hujan renyai-renyai, ibadah korban dapat juga dilaksanakan dengan baik dan sempurna.



Tiada ulasan: