Ahad, 1 November 2009

Ceramah "Teknik Komunikasi Berkesan" di INTAN Bukit Kiara

Ceramah "Teknik Komunikasi Berkesan" di INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur
========================================================
Pada 22 Oktober 2009, satu Ceramah untuk Pegawai-Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) telah diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Bukit Kiara. Seramai seratus lebih Pegawai yang sedang mengikuti latihan hadir bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail iaitu Eksekutif Latihan, di Intellectual Orator Consultant (IOC) yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).
Turut sama mengalu-alukan kehadiran ceramah ini adalah salah seorang ahli ADAM yang turut sama mengikuti ceramah ini iaitu Saudara Mohd Hidayat Mohd Sauffi yang juga merupakan Penghulu bagi kursus PTD ini.
Ketika ditanya oleh EDITOR berkenaan dengan program ini, Saudara Syamsul menyatakan,"Ini merupakan satu program yang baik kerana dengan adanya sesi seperti ini, akan dapat mendedahkan para peserta dengan cara gaya serta teknik penyampaian komunikasi dengan lebih berkesan agar setiap yang di sampaikan akan menjadi lebih efektif dan berkesan. Sesungguhnya teknik ini perlu dipelajari semua pihak bagi memastikan kelancaran tugas seharian".
Saudara Syamsul Amri menyampaikan ceramahnya selama 1 jam 30 minit bermula daripada jam 8.30 malam hinggalah ke jam 10.00 malam.

Pengacara Majlis ketika sedang menemuramah bagi mendapatkan biodata Saudara Syamsul
Dari kiri; Saudara Mohd Hidayat (Penghulu Program Kursus PTD), Saudara Syamsul dan Pengacara Majlis
Pengacara Majlis memulakan acara
Antara gambar sesi ceramah yang sempat dirakamkanPara peserta mendengar dengan penuh fokus dan minatGambaran suasana ketika ceramah sedang berlangsungPara peserta ini hanya tinggal lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi untuk menamatkan kursus PTD ini
Saudara Hidayat (Penghulu) menyampaikan cenderamata kepada Saudara Syamsul sebaik sahaja selesai ceramah
*************************************************************************
Semoga sekelian peserta yang menghadiri kursus ini akan memperolehi manfaat dan faedah daripada ceramah yang telah disampaikan oleh Saudara Syamsul Amri ini.
Sekian dan Terima Kasih.
*************************************************************************
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: