Ahad, 8 November 2009

Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2009

Satu Pertandingan Debat merebut Piala Tun Abdul Razak telah diadakan di Sekolah Datuk Abdul Razak di Seremban pada 7 hingga 8 November 2009. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori Bahasa Melayu dan Kategori Bahasa Inggeris. Pertandingan yang telah berlangsung selama dua hari ini telah disertai oleh beberapa buah Sekolah Berasrama Penuh daripada seluruh negara.
.
Pertandingan ini telah dibuka kepada pelajar-pelajar yang berumur 15 tahun dan ke bawah khusus untuk memberi pendedahan kepada pendebat-pendebat muda. Ini juga memberi peluang kepada bakat-bakat baru bertanding serta mengisi masa terluang pelajar-pelajar yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
.
Hasil daripada pemerhatian, ramai pendebat-pendebat baru yang mempunyai bakat serta berpotensi untuk diketengahkan. Malahan, jika dididik dengan betul, tidak mustahil mereka mampu menjuarai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan pada masa akan datang.
.
Di dalam kategori Bahasa Inggeris, pasukan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) telah diisytiharkan johan setelah menewaskan pasukan tuan rumah Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) di pertandingan akhir. Adik Fatihah daripada SEMASHUR pula telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik.
.
Manakala bagi pertandingan Debat Bahasa Melayu pula Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) mengungguli pertandingan akhir apabila bergelar juara dengan menewaskan pasukan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang di pertandingan akhir. Pasukan SDAR yang bertindak selaku pihak kerajaan menumpaskan pasukan SMAP Kajang dengan usul yang diperdebatkan "Prasarana Kita Kelas Pertama: Minda Kelas Kedua". Adik Thalha pula daripada SDAR telah diumumkan sebagai pendebat terbaik pertandingan akhir.
.
Saudara Syamsul (Presiden ADAM), Hanif Osman (JK Tertinggi ADAM) dan Ridhwan (Peguam Syar'ie) telah bertindak selaku hakim Pertandingan Akhir bagi kategori Bahasa Melayu.
.
Apa pun, tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya. Kepada yang gagal jangan putus asa, cuba lagi di lain masa.
.
Berikut dikongsikan bersama-sama gambar-gambar semasa hari pertandingan
.
7 November 2009
(Peringkat Kumpulan)
.
Saudara Mohamad memerikan taklimat kepada peserta sebelum pertandingan bermula
Di antara peserta yang tidak sabar untuk memulakan pertandingan
Di antara peserta-peserta debat yang telah hadir di dewan SDAR
Pertemuan pasukan Sekolah Menengah Sains Alam Shah bertemu pasukan SMAP Kajang
Pasukan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR)
Pasukan SMAP Kajang
Pasukan Sekolah Menengah Sains Sultan Alam Shah
Sekollah Menengah Sultan Muzaffar Shah (MOZAC)
Saudara Hanif Osman memberikan komentar kepada pesertaKomen panjang lebar diberi demi mendidik peserta menjadi lebih baik
Aksi pendebat Bahasa Inggeris SEMASHUR
Pasukan Debat Bahasa Inggeris SDAR
Memberikan komen kepada pasukan SMAP K bertemu SM SAS
Di antara penonton yang datang memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing
Di antara hakim pertandingan Debat Bahasa Inggeris
Lagi hakim Bahasa Inggeris di bilik yang lain
Lagi aksi pendebat Bahasa Inggeris
.
8 November 2009
Pertandingan Akhir
.
Pasukan SDAR selaku pihak Kerajaan di Pentas Akhir
Pasukan SMAP Kajang selaku pihak Pembangkang
Yang DiPertua Dewan di Pentas Akhir
.
.
.
.
Dilaporkan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Syafiq Hamidan berkata...

Nak tengok gambar piala... Kalau boleh, letakkan lah sekali ya?? Kesian bagi mereka yang tak sempat hadir semalam...