Ahad, 2 Mei 2010

Ceramah Belia di Program Ramah Mesra Belia DUN Lenggeng

Program Ramah Mesra Bersama Belia
oleh
YB Tuan Mustafa bin Salim
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Kawasan Lenggeng
.
.
Satu program ramah mesra bersama belia telah diadakan pada 2 Mei 2010, bertempat di Dewan Orang Ramai, Lenggeng. Program ini telah bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam. Program ini diadakan bagi mempertautkan hubungan rapat di antara pemimpin dengan belia, merupakan satu pendekatan bijak ke arah satu hubungan erat di antara golongan muda dengan kerajaan.
.
Program ini telah dimulakan dengan bacaan doa, dan diikuti dengan ceramah Motivasi bertajuk "Belia Berwawasan Belia Cemerlang". Ceramah telah disampaikan oleh Saudara Syamsul Amri bin Ismail, yang merupakan Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia dan merupakan Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Saudara Syamsul telah memberikan ceramah dengan penuh bertenaga yang mana isikandungan ceramahnya lebih bersifat menasihati golongan belia agar lebih bersedia mendepani cabaran di masa hadapan, serta berusaha mengubah sikap dan tabiat agar mampu menjadi golongan yang diharapkan bagi memimpin negara pada suatu hari nanti.
.
Selepas sesi ceramah, majlis disambung dengan ucapan oleh Encik Abdul Latif bin Abdul Aziz, Pegawai Belia Daerah Seremban. Beliau turut menyampaikan pesanan kepada golongan belia agar memainkan peranan yang lebih aktif bagi menggembleng usaha membentuk golongan belia menjadi golongan yang boleh disandarkan harapan oleh kerajaan dan negara.
.
Majlis seterusnya disambung dengan amanat yang disampaikan oleh YB Tuan Mustafa Salim ADUN Kawasan Lenggeng.
.
Di dalam ucapannya beliau menyatakan, "Perjuangan belia pada hari ini perlu diteruskan, malahan para belia perlu mengambil iktibar dan merujuk kepada perjuangan belia pada zaman dahulu kala yang cukup sukar dan getir. Belia juga perlu memainkan peranan untuk memacu kecemerlangan negara."
.
"Belia juga perlu berusahabersungguh-sungguh untuk mengatasi dan memerangi gejala sosial yang meracuni belia sejak sekian lama. Kerajaan berharap agar golongan belia dapat membantu negara bagi mengilhamkan program-program yang mampu membangunkan imej belia."
.
Beliau turut memaklumkan bahawa DUN Lenggeng, sangat prihatin dengan masalah belia di dalam kawasan Lenggeng dan sama sekali tidak pernah meminggirkannya, maka DUN telah bersetuju untuk menyumbangkan RM 500 buat setiap persatuan belia yang berdaftar di bawah Jabatan Belia Seremban yang berada di bawah DUN Lenggeng ini. Pengumuman ini telah disambut dengan tepukan gemuruh oleh kesemua wakil persatuan yang hadir ke majlis ini.
.
Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan pesanan agar jangan ada 'gap' (jurang) di antara YB DUN Lenggeng dengan golongan belia kerana beliau bersifat terbuka dan bersedia mendengar setiap permasalahan yang ditimbulkan oleh golongan belia.
.
Dengan ini adalah didoakan agar persatuan-persatuan belia akan terus bergerak aktif bagi memacu pembangunan belia di dalam kawasan DUN Lenggeng ini.
.
Suasana ketika sebelum ketibaan YB Tuan Mustafa Salim
Dewan Orang Ramai Lenggeng yang sudah dipenuhi tetamu yang mewakili persatuan belia
Suasana yang cukup meriah
Saudara Syamsul bersedia di meja VVIP menanti ketibaan YB DUN Lenggeng
Ketibaan YB Tuan Mustafa
YB Tuan Mustafa bersama isteri duduk di meja VVIP sebelum majlis bermulaTurut serta di meja VVIP adalah Pegawai Belia Daerah Seremban, Encik Abdul Latiff Pengacara Majlis yang mengendalikan majlis
Sesi ceramah dimulakan oleh Saudara Syamsul
Kesemua belia yang hadir khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan
Para belia yang hadir
Kesemuanya tekun mendengar ceramah yang disampaikan
Ceramah yang disampaikan sarat dengan pesanan dan mesej
Pelbagai tips dan pesanan dikongsi bersama
Terdapat juga 'orang lama' yang hadir ke program ini
Meja khas untuk urusetia dan wartawan dari pelbagai akhbar dan tabloid
En Abdul Latif, Pegawai Belia Daerah Seremban menyampaikan ucapan
Akhirnya tiba ke saat yang dinantikan, amanat daripada YB DUN Lenggeng
Pelbagai pesanan ditinggalkan buat pedoman belia yang hadir
Sesungguhnya inisiatif YB DUN Lenggeng untuk merapati golongan belia ini sangatlah dihargai
YB Tuan Mustafa kemudiannya telah sudi menyampaikan sijil pendaftaran kepada persatuan-persatuan belia dalam kawasan DUN Lenggeng yang telah didaftarkan
Terdapat kira-kira 13 persatuan belia yang telah didaftarkan pada tahun ini sahaja
Di antara wakil persatuan belia yang naik ke atas pentas
Lagi wakil persatuan belia yang naik ke atas pentas
Menerima sijil sebagai tanda sah persatuan bagi melakar aktiviti-aktiviti khas untuk golongan belia dan masyarakat
Satu-satunya Pengerusi Belia wanita sebagai srikandi yang mewakili Persatuan Belia Taman Panchor Jaya
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: