Ahad, 2 Mei 2010

Ceramah Motivasi di Kem Alim di Bukit Jugra, Banting

Kem Motivasi
Kem Alim, Bukit Jugra Banting
30 April 2010
.
.
Satu program motivasi telah dianjurkan oleh Kolej MARA Banting selama 3 hari 2 malam bertempat di Kem Alim, Bukit Jugra, Banting. Program motivasi ini telah dikendalikan oleh pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Di antara objektif kursus ini adalah untuk memupuk semangat dan daya saing para pelajar demi untuk kelangsungan jatidiri pelajar bagi menghadapi cabaran di hari muka. Para peserta terdiri daripada pelajar-pelajar tahun pertama.
.
Saudara Syamsul Amri Ismail, Eksekutif Bahagian Kajian Dasar, Intellectual Orator Consultant (IOC) telah dipelawa untuk memulakan sesi motivasi dengan slot 'ice-breaking'. Di dalam sesi ini Saudara Syamsul turut mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan tips-tips bagaimana untuk mewujudkan keyakinan diri ke arah menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan berjaya.
.
Beliau berkongsi beberapa tips antaranya;
.
1) Sentiasa berfikiran positif;
2) Sentiasa menetapkan matlamat;
3) Sentiasa melakukan sesuatu mengikut keutamaan;
4) Sentiasa melakukan sesuatu dengan memikirkan kepentingan bersama;
5) Sentiasa berusaha memahami semua orang di sekeliling kita;
6) Sentiasa bekerjasama dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja; dan
7) Sentiasa mempertajamkan kemahiran dari aspek fizikal, minda, jiwa dan hati.
.
Saudara menyampaikan ceramah ini kepada kira-kira 264 pelajar Kolej MARA Banting yang telah mengikuti ceramah ini dalam suasana yang cukup meriah dan ceria. Turut serta hadir ke program ini adalah Saudara Khairul Effendy (Eksekutif Pemasaran IOC) serta Saudara Abd Halim Abu Bakar (Eksekutif Multimedia IOC).
.
Dengan ini IOC mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kolej MARA Banting amnya serta Saudara Wan Hafizi khususnya di atas kesudian mempelawa IOC bagi mengendalikan slot ini. Terima kasih sekali lagi
.
Suasana ketika baru tiba di Kem Alim, Bukit Jugra, Banting
Tenaga khidmat JPAM yang bersedia menyelia program di Kem ini
Saudara Wan Hafizi memulakan acara sebelum menjemput penceramah undangan
Saudara Syamsul bersama Saudara Effendy daripada IOC
Di antara pelajar yang telah siap sedia mengikuti slot "Ice Breaking" ini
Saudara Wan Hafizi memperkenalkan penceramah undangan
Saudara Syamsul tampil di hadapan 264 peserta yang hadir
Memulakan sesi ceramah
Pelajar mengikuti slot dengan fokus dan tekun
Suasana ceria terpapar di wajah peserta
Effendy turut ketawa mendengar ceramah yang disampaikan
Para pelajar kerap ketawa dengan kisah yang dikongsi bersama pelajar
Saudara Syamsul menyampaikan ceramah dengan penuh bertenaga kepada semua peserta
Pelajar memberikan tumpuan sepenuhnya kepada ceramah yang disampaikan
Pelbagai tips dikongsi untuk penghayatan bersama
Gaya yang bersahaja serta selamba menarik minat peserta
Di antara babak yang mencuit hati peserta yang sempat dirakamkan
Ketawa sampai pecah perut!!
Aada sahaja cerita yang mengusik perasaan peserta
Suasana ceria yang belum pernah terjadi dalam sesi 'ice-breaking' di tempat lain
Khairul Effendy masih lagi setia mengikuti ceramah sehingga ke akhir sesi
Masih lagi tidak berhenti ketawaSaudara Syamsul berjaya menguasai penumpuan semua pelajar daripada jam 9.00 malam hingga ke jam 11.15 malamPelajar diberi gambar sebenar menerusi contoh-contoh nyata dan penceritaanPara pelajar dilihat benar-benar seronok dan teruja dengan ceramah yang disampaikan
Sebaik selesai ceramah Saudara Syamsul sempat bertukar-tukar fikiran bersama pensyarah Kolej MARA yang turut hadir ke program ini
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: