Jumaat, 17 Disember 2010

Seminar "Keluarga Sakinah" di Langkawi : Laporan Bergambar

Seminar "Keluarga Sakinah" di Langkawi
Hotel Sea View, Langkawi
Laporan Penuh
.
.
.
15 Disember 2010, Langkawi : Satu seminar "Keluarga Sakinah" telah diadakan pada 12 hingga 14 Disember 2010 bertempat di Hotel Sea View, Kuah, Langkawi. Program ini dirangka di bawah Program Pembangunan Minda Insan (PPMI) di bawah seliaan Pejabat Daerah & Tanah Tampin, Negeri Sembilan. Program ini menghimpunkan penerima bantuan kemiskinan kerajaan dalam Daerah Tampin supaya diberi taklimat serta kursus berkaitan keluarga supaya semua yang hadir mampu memotivasikan diri serta membangunkan keluarga dari satu tahap ke tahap yang baru.
.
Menurut Sdr Zahirin Adnan, Ketua Penolong Pegawai Daerah Tampin di dalam ucapannya "Kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat permasalahan rakyat yang miskin. Program ini merupakan salah satu daripada bukti yang menunjukkan kerajaan kita prihatin serta benar-benar ikhlas membantu semua golongan agar mampu keluar daripada kepompong kemiskinan. Adalah diharapkan semua pihak dapat berterima kasih kepada kerajaan serta bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan dan semua pihak yang terlibat harus berusaha memajukan diri dan akhirnya mampu keluar dari lembah kemiskinan ini. Sebagaimana yang kita maklum bahawa segala permasalahan sosial kebanyakannya berpunca daripada faktor kemiskinan".
.
Program ini telah berlangsung selama 3 hari dan 2 malam di mana seminar telah dikendalikan sepenuhnya oleh Intellectual Orator Consultant (IOC) menerusi Pengerusi Eksekutifnya, Sdr Khairul Affendy Bahari.
.
Penceramah utama program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Sdr Syamsul dilihat telah berjaya mengendalikan seminar ini dengan jayanya di mana telah diikuti sepenuhnya oleh kesemua peserta tanpa gagal dengan suasana yang cukup ceria dan gembira. Kredibiliti Sdr Syamsul dilihat benar-benar memikat tumpuan sekelian peserta yang hadir.
.
Program ini telah disempurnakan perasmiannya Tuan Razali, Pegawai Daerah Tampin. Di dalam ucapan beliau, beliau menyeru agar semua peserta berusaha memperbaiki taraf hidup masing-masing kerana ini merupakan salah satu daripada kriteria menjadi sebuah negara maju. Tahap kemiskinan merupakan salah satu kayu pengukur kemajuan negara kita. Dengan usaha yang diambil secara bersungguh-sungguh pastinya semua pihak mampu merealisasikan hasrat dan matlamat kerajaan ini. "Sesungguhnya usaha ini bukanlah suatu yang mustahil. Malah ia merupakan sesuatu yang mampu dicapai dan berpijak di bumi yang nyata. Kita boleh melihat contoh di negara-negara luar yang lain di mana ada di antara negara-negara tersebut kadar kemiskinannya sifar. Maka, jikalau mereka boleh, mengapa tidak kita".
.
Para peserta yang tiba pada 12 Disember 2010, akhirnya pulang ke kampung halaman masing-masing pada 14 Disember 2010. Pastinya ini merupakan salah satu daripada program yang tidak dapat mereka lupakan.
.
Urusetia Program PPMI bergambar bersama-sama Sdr Syamsul
.
Dengan ini EDITOR mengucapkan selamat maju jaya buat semua yang terlibat serta tahniah buat Pejabat Daerah & Tanah Tampin di atas usaha murni yang telah digerakkan.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: