Ahad, 19 Disember 2010

Seminar "Sayangi Diri Sayangi Keluarga" di MPS

Seminar "Sayangi Diri Sayangi Keluarga"
.

.
Anjuran
Jabatan Hal Ehwal Komuniti
Majlis Perbandaran Seremban
15 Disember 2010
.
Satu seminar "Sayangi Diri Sayangi Keluarga" telah diadakan pada 15 Disember 2010, bertempat di Bilik Sungai Ujong di Majlis Perbandaran Seremban. Program ini merupakan salah satu daripada program yang diletakkan di bawah projek Local Agenda 21. Program ini melibatkan 50 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Majlis Perbandaran Seremban.
.
Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Komuniti MPS melalui En Iskandar Ariffin yang merupakan Pengarah bagi Jabatan berkenaan.
.
Di antara penceramah yang telah diundang bagi program ini adalah Ustaz Syahrizan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan juga Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengerusi Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).
.
Program ini telah disempurnakan majlis perasmian penutupnya oleh YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban.
.
Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah buat penganjur di atas insiatif penganjuran program ini dan semoga kesemua peserta beroleh manfaat daripada program yang dianjurkan ini.
.
Suasana ketika sebelum bermula program
Sdr Syamsul yang telah bersiap sedia memulakan ceramah
En Iskandar Ariffin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Komuniti MPS menyampaikan uacapan alu-aluan
Kelihatan En Iskandar dan Sdr Syamsul berbincang sesuatu sebelum memulakan ceramahSdr Syamsul memulakan ceramah dalam suasana ceria
Suasana ketika program ceramah sedang berlangsung
Gambar ketika majlis perasmian penutup diadakan
YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua MPS ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup
YBhg Dato' Hj Abd Halim yang telah sudi menyampaikan sijil kepada para peserta
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: