Jumaat, 10 Disember 2010

Seminar PMI di Cameron Highlands : Laporan Penuh

4 Disember 2010, Cameron Highlands: Satu seminar Pembangunan Minda Insan (PMI) telah diadakan bertenpat di Hotel Rosa Pasadena di Cameron Highlands. Seminar yang berlangsung selama 3 hari dan 2 malam ini telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah & Tanah Kuala Pilah dengan dibantu oleh pihak Intellectual Orator Consultant (IOC) yang diterajui oleh Sdr Khairul Affendi. Penceramah utama bagi program ini adalah Sdr Syamsul Amri Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) yang kebetulannya bercuti di Cameron Higlands bersama keluarga beliau.
.
Seminar ini telah disertai oleh kira-kira 35 orang peserta yang terdiri daripada peserta projek PPRT di Kuala Pilah.
.
Seminar ini telah berakhir pada 4 Disember 2010 dengan dirasmikan perasmian penutupnya oleh Tuan Azmir, Penolong Pegawai Daerah, Kuala Pilah.
.
Dengan ini EDITOR mengucapkan syabas kepada barisan urusetia yang telah berjaya menganjurkan program ini, manakala kepada peserta, adalah diharapkan dapat mempraktikkan setiap yang disampaikan menerusi seminar ini.
.
Selamat maju jaya diucapkan.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: