Sabtu, 14 April 2012

Ceramah Kepimpinan Pelajar di SM STJ, Kuala Pilah

14 April 2012, Kuala Pilah : Satu Ceramah "Kepimpinan & Pembentukan Imej Serta Personaliti" telah diadakan bertempat Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (SM STJ), Kuala Pilah. Ceramah tersebut berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 petang. Ceramah telah berlangsung di Surau SM STJ.


Ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau yang baru sahaja selesai berceramah di SMK DUMA terus sahaja menyampaikan ceramah sebaik sahaja tiba di SM STJ ini dengan penuh bertenaga tanpa menunjukkan sebarang tanda keletihan.


Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah buat En Zizan (Kaunselor SM STJ) di atas inisiatif menganjurkan program seperti ini demi mendedahkan para pelajar tentang konsep kepimpinan di dalam diri para pelajar. Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: