Sabtu, 14 April 2012

Ceramah Motivasi Pengucapan Awam di SMK DUMA

14 April 2012, Jelebu : Satu Program Seminar Kepimpinan telah diadakan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Musa Al-Haj (SMK DUMA), Jelebu. Program ini dimulakan dengan ceramah "Perihal Pengucapan Awam" yang didakan bertujuan untuk menggambarkan kepada para pemimpin pelajar tentang peri pentingnya kemahiran pengucapan awam ini.

Ceramah yang berlangsung pada jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.30 pagi ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Program ini telah disertai oleh kira-kira 150 orang pemimpin pelajar daripada SMK DUMA dan para pemimpin pelajar daripada sekolah SMK Undang Jelebu.

Sebaik sahaja selesai ceramah disampaikan, para pelajar dibahagikan kepada sepuluh kumpulan dan akan diterangkan tentang "Teknik Pengucapan Awam" yang dikendalikan oleh para pelajar yang merupakan pendebat dan pemidato daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan juga daripada Institut Perguruan Kebangsaan Raja Melewar (IPGKRM). Sesi bersama fasilitator ini berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan semasa program tersebut berlangsung. Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: