Rabu, 4 April 2012

Ceramah Motivasi Pelajar Kolej MARA Banting

30 Mac 2012, Banting: Satu Program Ceramah "Motivasi Pelajar" telah dianjurkan oleh pihak Kolej MARA Banting. Program ini telah diadakan bertempat di Kem PLKN Jugra, Banting. Program ceramah ini telah berlangsung mulai jam 8.30 malam hingga ke jam 10.30 malam. Program ini melibatkan lebih 200 pelajar KM Banting.

Penceramah yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah dengan penuh bertenaga meskipun kepenatan memandangkan di sebelah paginya beliau terlibat dengan Taklimat Bengkel Kehakiman Debat Piala Johor 2012 di UiTM Segamat. Dari Segamat, beliau terus menuju ke Kem PLKN Jugra ini bagi menyampaikan ceramah.

Menerusi ceramah "Motivasi Pelajar" ini, adalah diharapkan para pelajar KM Banting dapat memanfaatkan pengetahuan mereka agar menjadi manusia yang berjaya serta tidak membiarkan diri mereka hanyut dengan anasir-anasir luar dan gejala sosial yang merosakkan.

Berkiut dikongsikan gambar-gambar kenangan di sepanjang program tersebut berlangsung.

Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rugi la... kalau xpergi