Isnin, 18 Jun 2012

Ceramah Motivasi di IKBN Chembong


8 Jun 2012, Rembau : satu program ceramah motivasi bertajuk "Menempa Kecemerlangan Masa Hadapan" telah dilangsungkan bersempena dengan pelancaran Program 5S dan MS:ISO Kualiti. Program ini telah diadakan bertempat di Dewan Besar, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong, Rembau, Negeri Sembilan.

Ceramah Motivasi ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau berceramah mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 10.00 pagi. Sdr Syamsul berceramah di hadapan ratusan pelajar serta kakitangan IKBN Chembong.

Program ini telah disempurnakan majlis perasmiannya oleh YB Zaiful, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Chembong.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung. 


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: