Isnin, 4 Jun 2012

Ceramah "Ombak Rindu" di LHDN Seremban (Album 1)


Ceramah "Ombak Rindu"
1 Jun 2012
Anjuran Persatuan Kebajikan Islam (PERKIS)
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Seremban
(Album 1)

Rentetan daripada Seminar "Obor Kasih" dengan tajuk "Ombak Rindu" yang telah dilangsungkan di Pusat Dakwah dan Islamiah Paroi pada 24 Mei 2012 yang lalu, satu lagi siri ceramah "Ombak Rindu" telah dilangsungkan. Cuma kali ini ia diadakan bertempat di Dewan LHDN di Seremban khusus buat lebih 100 kakitangan LHDN di Seremban.

Ceramah telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Ceramah telah disampaikan mulai jam 8.00 pagi hingga ke jam 9.30 pagi.

Semua peserta yang hadir kelihatannya ceria dan dan bertenaga di sepanjang ceramah tersebut dilangsungkan. Dengan ini EDITOR berbesar hati untuk berkongsi gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang ceramah tersebut berlangsung. Bersamalah kita saksikan...



Disediakan oleh : EDITOR

*** Lagi gambar-gambar boleh disaksikan di dalam folder berikutnya. Anda juga boleh menyaksikan gambar-gambar suasana ceramah "Ombak Rindu" di Pusat Dakwah Islamiah Paroi menerusi entri bulan Mei. - (Makluman khas oleh EDITOR)

Tiada ulasan: