Sabtu, 23 Jun 2012

Ceramah "Ombak Rindu" di JPA Putrajaya (Album 1)

Ceramah "Ombak Rindu"
22 Jun 2012
Dewan Mezzanine
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putrajaya


Satu Seminar telah diadakan khas buat kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putrajaya. Program ceramah ini merupakan sebahagian daripada program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang diadakan oleh pihak JPA untuk semua kakitangan JPA yang terdiri daripada semua Bahagian yang ada di dalam JPA Putrajaya.

Program ini dinamakan sebagai Program Kesedaran Psikologi yang telahpun masuk siri ke 2 ini melibatkan kira-kira lebih 80 orang kakitangan daripada semua bahagian.

Ceramah bertajuk "Ombak Rindu" ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau menyampaikan ceramah  menerusi tiga slot iaitu daripada jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi, 10.30 pagi hingga jam 12.00 tengahari dan dari jam 2.30 petang hingga ke jam 4.30 petang.

Ceramah ini nyata mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta yang hadir yang mana rata-rata memberikan komen yang positif dengan isikandungan yang ceramah yang disampaikan.

(Album 1)



Disediakan oleh : EDITOR

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ala...nak jgk join kursus nie ari 2 tp xde rezeki plak...