Ahad, 6 Oktober 2013

Ceramah Motivasi "Ombak Rindu" PERDA Pulau Pinang di Hotel Royal, KL

6 Oktober 2013, Kuala Lumpur : Satu Program Kursus Pembangunan Keluarga 2013 telah dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA). Program ini melibatkan kira-kira 50 orang peserta yang terdiri daripada peserta yang terlibat di dalam program pembangunan usahawan di dalam PERDA.

Program ini berlangsung selama 3 hari bermula daripada 4 Oktober 2013 hingga 6 Oktober 2013 bertempat di Hotel Royal, Kuala Lumpur.

Di antara penceramah yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Dilema Ombak Rindu", "Ke Mana Sehangatnya Asmara" dan "Petua Sehingga Hujung Nyawa".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

2 ulasan:

Unknown berkata...

debat alumni menjadi ajang adu pemikiran dan menambah pengetahuan, kunjungan balik ya ke blog saya www.goocap.com

Awanama berkata...

makan kangkung di nyiok sebatang,
kering rengkong ayaq ada kt belakang