Isnin, 21 Oktober 2013

Ceramah Motivasi "Kuasa Minda Positif" di Ancasa Port Dickson

20 Oktober 2013, Port Dickson : Satu Program Kursus Azam Tani Zon Tengah anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah diadakan bertempat di Hotel Ancasa Allsuites, Port Dickson. Program ini diadakan khusus buat para usahawan yang baru sahaja berjinak-jinak di dalam dunia perniagaan ini. Kira-kira 100 orang peserta telah hadir dan mengikuti kursus ini.

Di antara penceramah yang telah diundang adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Kuasa Minda Positif".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: