Khamis, 27 November 2014

Ceramah Motivasi Kekeluargaan di Kg Batu Tiga, Mambau

23 November 2014, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Kekeluargaan telah dianjurkan oleh Majlis Permuafakatan Wanita Kebangsaan (MPWK) Parlimen Rasah bersama-sama dengan pihak KEMAS Parlimen Rasah. Program ini telah berlangsung di Balai Raya Kampung Batu Tiga, Mambau di Seremban.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pembentukan Keluarga Bahagia".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: