Khamis, 27 November 2014

Perjumpaan TPM Bersama Pembahas Usul PAU 2014

25 November 2014, Kuala Lumpur : Satu Majlis Perjumpaan diantara Tan Sri Muhyddin Yasin, Timbalan Presiden UMNO bersama Pembahas / Jurucakap Perhimpunan Agung UMNO 2014 telah diadakan di Bilik Wilayah Persekutuan Kuala LUmpur, Tingkat 5, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Di antara pembahas yang turut terlibat adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Sdr Syamsul yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Seremban telah terpilih mewakili Pemuda UMNO Negeri Sembilan dalam membahaskan Usul Agama di Persidengan Pemuda UMNO Malaysia.

Beliau juga telah berkesempatan di sebelah tengahari menyertai majlis jamuan makan tengahari bersama YB Khairy Jamaludin Abu Bakar, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di PWTC.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: