Khamis, 27 November 2014

Majlis Jamuan Makan Malam Perwakilan UMNO Negeri Sembilan Bersama YAB MB Negeri Sembilan

26 November 2014, Kuala Lumpur : Satu Majlis Makan Malam Perwakilan UMNO Negeri Sembilan bersama YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan telah diadakan bertempat di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur.

Turut hadir sama ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau kali ini telah terpilih untuk menjadi Jurucakap Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan dan membawakan Usul Agama. Beliau juga adalah merupakan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program jamuan makan malam tersebut berlangsung.



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: