Ahad, 1 Februari 2015

Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah di Masjid Kampung Ibol


31 Januari 2015, Terachi : Satu Program Ceramah Maulidur Rasul 1436 Hijrah telah diadakan bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1436 Hijrah peringkat Masjid Kampung Ibol, Terachi. Program ini telah berlangsung di Masjid Kampung Ibol mulai selepas Maghrib kira-kira jam 7.45 malam hingga ke jam 9.45 malam.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Rasulullah SAW : Ikon Manusia Sejagat".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: