Ahad, 22 Februari 2015

Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa JKKK DUN Kamunting, Taiping


21 Februari 2015, Taiping : Satu Program Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa telah dianjurkan oleh UMNO Bahagian Kamunting. Program ini menghimpunkan JKKK seluruh DUN Kamunting. Program ini berlangsung Tingkat 2, Rumah UMNO Bahagian Taiping di Taiping, Perak Darul Ridzuan.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Kepimpinan Bervisi Masyarakat Berkualiti".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: