Khamis, 12 Februari 2015

Ceramah Motivasi "Pengucapan Awam" di SDAR, Seremban


11 Februari 2015, Seremban : Satu Program Ceramah Motivasi Pengucapan Awam telah diadakan khusus buat para pelajar Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR). Program ini telah berlangsung di Dewan Besar, Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban.

Penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk "Kemahiran Interpersonal / Kemahiran Pengucapan Awam Serta Kepentingannya".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: