Isnin, 3 Ogos 2015

Ceramah Motivasi "Kuasa Minda Positif" LPNM di Hotel Oriental Crystal, Kajang


3 Ogos 2015, Kajang : Satu Program Ceramah telah diadakan di Kursus Modal Insan, Peserta Azam Tani Wilayah Tengah yang telah dianjurkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Program ini telah berlangsung di Dewan Seminar, Tingkat 3, Hotel Oriental Crystal, Kajang.

Salah seorang penceramah yang telah diundang ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk : "Kuasa Minda Positif". Pelbagai tips serta kaedah telah dikongsikan ke arah mencapai kejayaan di dalam apa jua sektor yang diceburi.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ceramah tersebut berlangsung. 



Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: